Sumpah Mas Ermieyati Tidak Boleh Pakai

Oleh Nurul Aisyah

PERINGATAN kepada warga Parlimen Masjid Tanah, jangan percaya pada kata-kata dan sumpah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang kini bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Masihkah anda ingat ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017), di Dewan Merdeka, Mas Ermieyati berikrar

“Buat YAB Presiden, ketahuilah You Will Never Walk Alone (YNWA) (Presiden tidak akan sendirian),”

Kemudian Mas Ermieyati bersumpah pula

“Sumpah Puteri tidak akan sekali-kali bersikap KHIANAT…Justeru, ayuh! Bangkitlah!! Soldadu Merah Jambu!! Luaskan kuasamu!! Tunjukkan kekuatanmu, sematkan ketaatanmu di sebalik manis senyum ayumu! Mari kita ikrarkan untuk tetap bekerja, wala’ dan taat kepada kepimpinan parti walau apa pun terjadi. Mari kita susun saf yang kukuh… bersama kekanda Pemuda dan Bonda Wanita UMNO serta seluruh pimpinan kita,”

[videopress nqCLBITo]

Kini beliau meninggalkan parti UMNO dan menyertai parti Muhyiddin iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) demi kepentingan peribadi.

Segala sumpah dan janji bagaikan dibuang ke laut sahaja.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mas Ermieyati mewakili Perikatan Nasional (PN) bertanding kerusi Parlimen Masjid Tanah pula.

Beliau berdepan saingan empat penjuru di kerusi Parlimen itu yang turut ditandingi Abdul Hakim Abdul Wahid (BN), Mutalib Uthman (Pakatan Harapan) dan Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang).

Mas Ermieyati kalah ketika berdepan dengan Datuk Rauf pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lepas. Ini bermakan ‘pasak’ yang ditanam Mas Ermieyati sebagai ahli Parlimen selama 10 tahun tidak mampu memberi kemenangan kepada beliau ketika PRN Melaka.

Rakyat melihat kepada kekuatan parti. Dan pastinya parti Perikatan Nasional (PN) yang Mas Ermieyati sedang bernaung bukan pilihan warga Parlimen Masjid Tanah.

Sejarah pentadbiran kerajaan Muhyiddin (PN) selama 17 bulan membuktikan kerajaan PN merupakan kerajaan yang gagal. Dewan rakyat memberitahu sebanyak 1,660 kes bunuh diri dilaporkan diseluruh negara sejak perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac 2020.

Ekonomi merudum dengan teruk, rakyat menderita tidak mampu menjana pendapatan sehingga memaksa mereka menaikkan bendera putih. Dalam masa yang sama angka kematian akibat Covid19 “Brought in dead” juga sangat tinggi. Ini merupakan bukti kegagalan nyata kerajaan Muhyiddin (PN)

Kini Mas Ermieyati bersama PN yang hanya membawa penderitaan kepada rakyat. Mengundi Mas Ermieyati bermakna mengundi untuk menderita bersama kerajaan Muhyiddin.

Oleh itu, warga Parlimen Masjid Tanah perlu pastikan anda pangkah calon no. 1, Abdul Hakim Abdul Wahid dari Barisan Nasional.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker