Ronaldo hentam pemilik Man United pula
Ronaldo hentam pemilik Man United pula
Cristiano Ronaldo mendakwa pemilik Manchester United, keluarga Glazer ‘tidak peduli’ mengenai kejayaan gergasi Liga Perdana itu di atas padang.
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu menjadi tumpuan musim ini di bawah pengurus baharu, Erik ten Hag apabila dikenakan tindakan disiplin kerana enggan masuk sebagai pemain gantian.
Bagaimanapun bintang Portugal itu kembali beraksi bersama pasukan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, malah menjadi kapten Red Devils ketika tewas 1-3 di Aston Villa.
Pemain berusia 37 tahun itu tidak menyertai skuad ketika kemenangan 2-1 ke atas Fulham, Ahad lalu yang juga perlawanan terakhir United sebelum berehat enam minggu untuk Piala Dunia.
Dalam temu bual dengan TalkTV, Ahad lalu, Ronaldo, yang mencipta namanya di Old Trafford, berkata dia berasa ‘dikhianati’ oleh United dan percaya beberapa individu dalam kelab itu cuba menyingkirkannya.
Untuk sambungan temu bual seterusnya, Ronaldo terus menyerang kelab itu yang menyaksikannya mencipta nama dari 2003 sehingga 2009.
Ronaldo yang kembali ke kelab tahun lalu berkata, dia tidak pernah bercakap dengan Glazers, warganegara Amerika yang memiliki United sejak 2005.
“The Glazers, mereka tidak mengambil berat mengenai kelab… sukan profesional. Seperti yang anda tahu, Manchester adalah kelab yang bersandarkan pemasaran.
“Mereka akan mendapat wang daripada pemasaran. Pada pendapat saya, mereka tak begitu kisah soal sukan itu.
“Saya fikir peminat harus tahu perkara sebenar, harus tahu bahawa pemain mahukan yang terbaik untuk kelab. Saya mahukan yang terbaik untuk kelab. Inilah sebabnya saya kembali ke Manchester United,” katanya. HM
Ronaldo hentam pemilik Man United pula
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka
Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih
You must be logged in to post a comment.