PH semakin bimbang Selangor ‘diragut’ BN – Arman

#PRU15

PH semakin bimbang Selangor ‘diragut’ BN – Arman

Barisan Nasional (BN) sekurang-kurangnya dapat menawan semula tujuh hingga sembilan kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Ini berikutan angin perubahan yang dilakukan kepimpinan tertinggi parti dalam menterjemahkan apa yang rakyat Selangor mahukan dalam pembaharuan politik.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata, keyakinan beliau dengan angka itu berdasarkan keberanian parti untuk melakukan sesuatu di luar kotak.

Antaranya, kata beliau, dengan meletakkan ikon yang tidak terlintas di fikiran rakyat sebagai calon untuk membawa pembaharuan kepada mereka seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Isham Jalil dan beberapa lagi.

“Kita tahu Selangor sebelum ini merupakan kubu kuat Pakatan harapan (PH), mereka tidak ambil peduli pun kempen kita di Selangor ketika itu. Malah, mereka kata Riwayat BN di Selangor sudah tamat.

“Tetapi hari ini kita lihat mata mereka semua tertumpu di Selangor, mereka tidak menduga BN berani membuat keputusan meletakkan golongan ikon, profesional dan intelektual ini.



“Sebab itu, sepanjang tempoh kempen, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun, Rafizi Ramli turun, panglima-panglima mereka turun tumpu ke Selangor. Mereka takut ego mereka diragut oleh BN pada 19 November ini,” katanya menerusi bual bicara sebuah televisyen internet, hari ini.

Menurut Arman Azha, dalam PRU sebelum ini, BN hanya menang satu kerusi iaitu di Parlimen Tanjung Karang yang disandang Tan Sri Noh Omar, manakala 21 kerusi lagi dapat kepada PH.

Namun, ujar beliau, dalam PRU15 ini PH takut lebih separuh dari kerusi yang dimenangi digugat oleh BN yang menggunakan menampilkan strategi politik baru dengan menampilkan muka baru dan ikon.

“Malah, ada calon kita yang berumur 27 tahun bertanding di Selangor. Kita menawarkan apa yang rakyat mahukan, kita berikan kepada rakyat inilah calon yang mereka inginkan, orang muda, pemimpin dan ikon.



“Perubahan dan strategi politik baharu ini yang menggusarkan PH,” ujar beliau.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Subang itu, PH juga mencanangkan kepada rakyat di Selangor kononnya BN kini berpecah belah dan mempunyai kepimpinan parti yang tidak stabil.

“Saya tidak peliknya pun, kerana yang berpecah sebenarnya mereka, bukan BN. Perpecahan dalam PH ini menyebabkan lahirnya Bersatu yang diasaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan GTA yang ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Pada saya, PRU15 inilah masanya untuk kita kuburkan parti-parti katak seMalaysia ini. Mereka buat propaganda macam mana sekalipun, rakyat tidak akan pilih lagi pemimpin yang khianati parti,” katanya. MG



PH semakin bimbang Selangor ‘diragut’ BN – Arman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara



Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker