Pengecilan Kabinet mampu percepat pelaksanaan polisi – Johari

#PRU15

Pengecilan Kabinet mampu percepat pelaksanaan polisi – Johari

Cadangan pengecilan Kabinet dilihat sebagai sesuatu yang berasas selepas dilihat mampu mempercepatkan pelaksanaan sesuatu polisi memandangkan pembuatan keputusan dapat dilakukan secara segera.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, cadangan itu juga dilihat bersesuaian berikutan Malaysia kini sedang berdepan cabaran besar melibatkan aspek ekonomi.



“Saya setuju (pengecilan Kabinet) kerana negara kira sedang berdepan dengan cabaran yang sangat besar iaitu ekonomi. Jadi, kalau dapat kecilkan saiz Kabinet, ia mampu menjadikan pasukan itu lebih mantap kerana tidak terlalu besar.

“Kalau mahu buat keputusan juga cepat dan boleh dilaksanakan sesuatu polisi secara segera. Ini kerana, ia tidak membabitkan banyak kementerian dan pelaksanaan polisi boleh dibuat bersama,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Titiwangsa di sini tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi komitmen untuk mengecilkan saiz Kabinet dengan keanggotaannya turut diisi dengan tenaga teknokrat sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, saiz Kabinet yang lebih kecil juga membolehkan mesyuarat dipendekkan serta polisi dilaksanakan segera berikutan kurang percanggahan pendapat.



“Kadang-kadang polisi bagus, tetapi mahu laksanakannya lambat. Contohnya, Kementerian Ekonomi boleh bergabung dengan Kementerian Kewangan sebab masih dalam bidang kerja yang sama.

“Sekarang ini kita perlu kejar masa kerana sudah tertinggal. Kalau lagi lama, kita akan terkebelakang,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketersediaan untuk menjadi menteri jika BN memenangi PRU15, Johari yang juga calon Parlimen Titiwangsa berkata, perkara itu perlu ditanya kepada individu yang bakal menjadi Perdana Menteri.

“Secara peribadi saya memang berminat untuk menggunakan segala kepakaran dalam bidang korporat, malah pernah juga menjadi wakil rakyat dan akan terus menawarkan diri kepada negara di peringkat nasional,” ujarnya. K Online



Pengecilan Kabinet mampu percepat pelaksanaan polisi – Johari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara



Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker