Pendakwaan batal rayuan gantung sabitan terhadap Peter Anthony

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang membenarkan permohonan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony untuk menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membatalkan rayuan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis pemberhentian rayuan pada 28 Okt lepas.

“Oleh itu, rayuan (pendakwaan) dibatalkan,” kata Mohamed Zaini semasa pengurusan kes hari ini yang turut dihadiri peguam S Devanandan, mewakili Peter.

Pada 5 Ogos lepas, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi yang membenarkan permohonan Peter itu, selepas berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan oleh pihak pembelaan.

Peter, 51, memfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, pada hari penamaan calon 5 Nov lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Peter untuk bertanding di kerusi Parlimen Tenom dalam PRU15.

Penolakan pencalonan itu dilakukan SPR dengan alasan Peter masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker