Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
#PRU15
Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan parti politik paling kaya di Malaysia ketika ini.
Katanya, ini kerana Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi perdana kelapan telah meluluskan kontrak tanpa tender sebanyak RM580 bilion ketika melaksanakan darurat sewaktu pandemik Covid-19 awal tahun lalu.
Presiden PKR itu berseloroh, biarlah beliau dipanggil perdana menteri (PM) tepi daripada menjadi perdana menteri penyamun.
“Muhyiddin kata saya perdana menteri tepi selama ini, lebih baik perdana menteri tepi daripada perdana menteri penyamun. Yang gagal rakyat dan negara, dia (Muhyiddin) tak gagal.
“Nilai kontrak RM580 bilion yang tidak ada tender guna masa darurat, bila tidak ada tender ini, buat jalan, harga RM500 juta, dia boleh letak RM550 juta, tidak ada siapa hendak periksa.
“Sebab itu tengak Bersatu parti paling kaya, Pas ni sokong sahaja. Masa 1MDB Pas kata apa? Projek DNB (Digital Nasional Bhd.) bernilai RM18 bilion juga tiada tender .
“Bagaimana boleh tadbir negara macam itu? Sebab itu saya kata tukarlah (kerajaan),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jom Ngeteh Bersama Anwar Ibrahim di Bazaria Pantai, Pantai Dalam, di sini, hari ini.
Anwar yang juga calon PH Parlimen Tambun yakin rakyat akan memilih parti gabungan itu untuk membawa perubahan dan pihaknya akan menunaikan kehendak rakyat itu.
“Ini peluang baik bagi kita untuk menukar landskap politik tanah air dengan mengangkat wakil rakyat (PH), menteri dan menukar Perdana Menteri. Jika rakyat mahu perubahan, saya ikut.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu berapa banyak warung ditutup…jadi oleh itu kita kena pastikan ubah kerana negara ini dan rakyatnya sudah elok, hasil banyak tetapi hanya pemimpin kaya semuanya.
“Bagi kita kesempatan untuk buat perubahan. Ada orang kata sama saja ketika PH memerintah 22 bulan… ada kebaikan, ada kekuatan dan ada kelemahan sepanjang tempoh itu di mana siapa ketuanya (Perdana Menteri) ketika itu tetapi kalau 20 November ini kita menang ketuanya siapa pula,” katanya. MG
Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?
Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz