Bersatu suka kahwin cerai

#PRU15

Bersatu suka kahwin cerai

Barisan Nasional (BN) tidak pernah ‘menceraikan’ sesiapa sebaliknya parti yang lari itu tidak pernah ‘diceraikan’.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, parti tersebut ‘lari’ kerana hendak ‘berkahwin’ dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana ’emas kahwin’ ditambah.

Sebaliknya, dakwa beliau lagi, Bersatu yang suka ‘kahwin cerai’.

”Kahwin dengan DAP ‘cerai’. ‘Kahwin dengan PAN (Parti Amanah Nasional) pun ‘cerai’ juga. Baru-baru ini hampir ‘bercerai’ dengan Pas.

“Tetapi tidak jadi kerana dijanjikan ‘harta sepencarian’ yang bertambah lumayan.

”Boleh jawab?,” soalnya.

Mohd Puad mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas tuduhan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyifatkan hubungan Bersatu dan Pas sebagai perkahwinan mutaah (sementara).

Sebaliknya, Muhyiddin mendakwa gabungan Barisan Nasional (BN) yang melalui proses ‘mufarakah’ (berpisah) sejak kekalahan mereka pada 2018 kerana sebelum PRU14 BN terdiri daripada 14 parti komponen dan kini hanya tinggal tiga sahaja.

“BN pun kahwin kontrak juga, tapi selepas dia kalah dia sudah berpisah. Jangan main-main, kita punya jalinan kerjasama cukup rapat sebab Pas dan Bersatu adalah pengasas PN, Gerakan dan lain-lain sertai kemudian.

“Pas dan Bersatu merupakan pengasas, ini bukan mutaah. Daripada segi politik hubungan kami cukup baik, mereka (UMNO) kata begitu mungkin kerana bimbang sokongan kita cukup kuat.

“Sebaliknya BN yang mutaah, kemudian sudah mufarakah (berpisah) pula,” ujar Muhyiddin. MG

Bersatu suka kahwin cerai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker