52.8 peratus mahu Ismail Sabri diberi mandat baharu – Ilham Centre
#PRU15
52.8 peratus mahu Ismail Sabri diberi mandat baharu – Ilham Centre
Berdasarkan kajian Panel Penyelidikan Ilham Centre, didapati Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih mencatatkan populariti tinggi di kalangan rakyat.
Keputusan tersebut diperoleh berdasarkan Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia yang dilakukan pada 20 Oktober sehingga 6 November 2022 lalu.
Menurut kenyataan media Ilham Centre, kajian secara spesifik ini mengukur tahap penerimaan pengundi terhadap dasar, insentif dan tindakan yang dilakukan beliau sepanjang 13 bulan pentadbiran.
“52.8 peratus yakin Ismail Sabri wajar diberi peluang memimpin negara dengan mandat penuh adalah ‘endorsement’ penting buat beliau.
“Jelas, segala pengumuman dan pelaksanaan dasar yang pro-rakyat mendapat persetujuan tinggi yang menyumbang kepada populariti beliau pada kaca mata rakyat.
“Meskipun sebilangan kelompok tertentu seperti pengundi Cina kekal skeptikal, namun secara keseluruhannya kepimpinan beliau diterima baik,” katanya.
Menurut laporan tersebut, Perdana Menteri perlu menggariskan dengan jelas hala tuju untuk memulihkan ekonomi negara bagi menambah sokongan rakyat.
“Ini boleh dilaksanakan dengan penerimaan baik rakyat terhadap Bajet 2023 sebagai landasan terbaik untuk memacu ekonomi negara.
“Selain keazaman politik yang kuat, kurangkan krisis serta kontroversi tidak perlu dalam menuju gaya pimpinan baharu, manakala hanya mandat baharu diperlukan bagi melaksanakannya,” katanya.
Menerusi kajian tersebut juga, 80 peratus responden bersetuju pembukaan semula ekonomi pada 1 April lalu merupakan tindakan tepat Perdana Menteri mengeluarkan negara daripada pandemik Covid-19 menuju fasa endemik menjadikan ekonomi menjadi bertambah baik (69 peratus).
Ia juga menjadi pemangkin ruang pekerjaan sama ada dalam bentuk gig ekonomi (71.3 peratus) atau perniagaan atas talian (84.4 peratus) manakala 44.4 peratus bersetuju Malaysia mampu menjadi pilihan pelabur asing.
“Ini didorong oleh pendekatan Perdana Menteri yang diterima baik terutamanya dalam siri lawatan antarabangsa beliau yang berjaya memeterai pelbagai kerjasama ekonomi dan pulangan pelaburan.
“Namun 36.0 peratus responden mengakui masih belum mendapat manfaat daripada pelaburan asing langsung (FDI) dalam sektor utama seperti perkilangan, perkhidmatan mahupun pembuatan,” katanya.
Walau bagaimanapun menurut Ilham Centre, dapatan ini tidak membimbangkan kerana manfaat pembukaan sektor ekonomi ini positif dan sedang pulih berperingkat.
“78 peratus pula bersetuju peruntukan subsidi RM 77.7 bilion yang dianggap terbesar dan dirasakan perlu dalam menyokong pemulihan ekonomi negara,” katanya.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga mencatat skor tertinggi iaitu 87.2 peratus yang merupakan bantuan sara hidup tertinggi sejak diperkenalkan kerajaan.
Selain itu, 84.1 peratus bersetuju usaha kerajaan melalui penetapan tarif elektrif serta kawalan harga barang keperluan asas perlu diteruskan untuk mengurangkan kesan buruk daripada tukaran mata wang asing berbanding ringgit dan inflasi yang dihadapi dunia pada ketika ini.
Keputusan kajian ini juga membuktikan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah sesuai dan tepat pada waktunya.
“Perdana Menteri yang digelar ‘Designated Survivor’ sememangnya ‘survived’ mengurus krisis dalam krisis iaitu krisis kesihatan, politik dan ekonomi dengan gaya tersendiri.
“Sementara keputusan Perdana Menteri membubarkan Parlimen pula, turut menerima respon baik dan berdasarkan situasi semasa, 56.8 peratus setuju PRU15 diadakan pada hujung tahun ini,” katanya.
Tahap keyakinan rakyat berkaitan pencapaian berbanding negara serantau dalam menangani kesan langsung ekonomi dunia terhadap beban rakyat mencatatkan sebanyak 49.1 peratus.
Ia dilihat memberangsangkan melalui pelbagai intervensi kerajaan seperti pelaksanaan subsidi dan kawalan harga yang dilaksanakan Perdana Menteri.
“Majoriti setuju dan menyambut baik seluruh inisiatif Bajet 2023 dan berharap agar ia dapat dilaksanakan setelah kerajaan baru dibentuk. Beberapa inisiatif yang dinyatakan menunjukkan skor persetujuan diantara 80 hingga 90 peratus.
“Segala cadangan bentuk intensif dan inisiatif yang membawa kebaikan kepada rakyat akan disokong sekalipun pada rasionalnya ia belum lagi dilaksanakan,” katanya. K Online
52.8 peratus mahu Ismail Sabri diberi mandat baharu – Ilham Centre
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka