PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
SHAH ALAM – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, firma penyelidikan Ilham Centre, meramalkan tidak akan berlaku gelombang tsunami politik rakyat terutama pengundi muda secara besar-besaran sama seperti PRU14 lalu.
Ini kerana majoriti daripada 10.89 juta pengundi muda berusia antara 18 hingga 39 tahun, masih belum membuat keputusan sama ada mereka akan memilih Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) mahu pun Gerakan Tanah Air (GTA).
Pengarah Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar berkata, hasil kajian dan soal selidik dibuat Ilham Centre juga, mendapati golongan pengundi muda berusia antara 18 hingga 25 tahun, langsung tidak mempunyai kesedaran atau tidak kisah langsung mengenai perkembangan politik Malaysia sekarang.
Hisomuddin berkata, kajian juga mendapati pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun sama ada mereka tinggal di kampung mahu pun institusi pengajian tinggi (IPT) boleh dikategorikan sebagai golongan ‘buta’ politik.
“Mereka bukan hanya tidak berminat, tidak mengambil tahu tetapi kurang peka mengenai perkembangan politik tanah air termasuklah pelajar yang mengambil jurusan Sains Politik di IPT sendiri. Sikap kedua mereka sekarang ialah lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta mengkaji, sebelum membuat keputusan di saat akhir.
“Walaupun pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun mengambil sikap tunggu dan lihat namun mereka akhirnya akan membuat keputusan dan pilihan berdasarkan pilihan serta ideologi politik ibu bapa masing-masing.
“Kalau mereka adalah kelompok majoriti dan membuat pilihan sama dengan ibu bapa masing-masing, maka maksudnya corak pengundian masih kekal sama seperti pengundi dewasa berusia 40 tahun ke atas. Jadi saya tidak nampak ada arus kuat akan menyebabkan berlakunya tsunami politik seperti terjadi, pada PRU14 lalu,” katanya.
Hisomuddin berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan berlaku tsunami politik rakyat secara besar-besaran sama ada menolak atau menyokong mana-mana gabungan politik, BN, PN, PH dan GTA, pada PRU15 nanti.
Ditanya mengenai kumpulan pengundi berusia 26 hingga 39 tahun, Hisomuddin berkata, biarpun mereka adalah golongan yang kuat mengkritik namun bukan ditujukan kepada kerajaan BN atau PN atau PH sahaja tetapi kepada semua pihak.
Beliau berkata, golongan berkenaan lantang mengkritik kerajaan dan pemimpin politik kerana mereka adalah kumpulan paling terkesan akibat kehilangan pekerjaan, pendapatan terjejas, kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
“Mereka mengkritik secara adil, maksudnya BN pun tidak diharapkan, PN dan PH pun sama kerana mereka pernah menjadi sebahagian kerajaan sama ada selama 15 bulan, 17 bulan atau 22 bulan.
“Justeru itu, saya berpandangan pengundi berusia 26 hingga 39 tahun ini akan membuat keputusan dan pilihan berdasarkan calon bukannya kerana lambang atau parti politik diwakili mereka,” katanya.
Hisomuddin menegaskan, secara idealnya kumpulan pengundi 18 hingga 39 tahun adalah golongan majoriti melebihi 50 peratus daripada 21 juta pengundi dan boleh menentukan calon atau gabungan parti mana boleh menang PRU15 jika mereka sepakat.
“Berdasarkan kajian Ilham Centre, majoriti pengundi di bandar memilih PH, manakala pinggir bandar, kampung dan pedalaman menjadi rebutan antara BN dan PN yang lebih dominan.
“Jadi kesimpulannya, kajian mendapati keputusan PRU15 sukar diramalkan dan mungkin tiada satu gabungan parti politik pun sama ada BN, PH mahu pun PN mampu mendapat majoriti mudah iaitu menang 112 kerusi Parlimen bagi membolehkan mereka membentuk Kerajaan Persekutuan baharu selepas 19 November ini.
“Jadi semua pihak kena mengadakan rundingan bagi membentuk jajaran baharu politik bagi membentuk kerajaan campuran baharu. Jika mereka gagal mencapai kata sepakat maka situasi Parlimen dan kerajaan tergantung akan berlaku sekali lagi,” katanya.
senada dengan Hisomuddin, bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Alif Anas Md Noor bekata, majoriti anak muda terutama mahasiswa lebih suka mengambil pendekatan membuat keputusan di saat akhir untuk memilih mana-mana calon atau parti politik.
“Mereka akan memilih parti yang membuat tawaran dan aku janji yang memberikan banyak faedah kepada mahasiswa di IPT. Jika dilihat secara kasar boleh dikatakan semua gabungan parti politik mengemukakan tawaran masing-masing kepada mahasiswa.
“Kalau kita lihat dari segi manifesto BN dan PN menjanjikan pilihan menarik kepada mahasiswa. Kalau kita imbas kembali, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada menyatakan bahawa BN bersedia memberi pendidikan percuma kepada anak-anak B40 bukan hanya di bangku sekolah rendah dan menengah, malah di peringkat universiti.
“PN pula menawarkan diskaun 25 peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua pelajar memperoleh ijazah kelas kedua,” katanya.
Dalam pada itu, Alif Anas juga berharap kerajaan juga akan menyediakan pelbagai kemudahan terutama pengangkutan bagi memudahkan mahasiswa balik ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing membuang undi pada Sabtu depan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
You must be logged in to post a comment.