Manifesto PH gadai kedaulatan negara – Asyraf

#PRU15

Manifesto PH gadai kedaulatan negara – Asyraf

Salah satu janji yang diletakkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) didakwa boleh mengadaikan kedaulatan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajid berkata, PH bertindak melampau apabila sanggup menawarkan kerakyatan automatik bagi anak angkat dan warga emas yang mempunyai anak warga Malaysia.



Janji tersebut boleh dibaca dalam Buku Tawaran Harapan pada muka surat 28 dan 34.

“Saya terkejut membaca manifesto Pakatan Harapan yang menawarkan kerakyatan automatik kepada warga asing dengan syarat yang sangat longgar.

“Sedangkan kerakyatan adalah anugerah tertinggi negara yang diberikan hanya kepada individu asing yang layak sahaja,” tegas calon BN bagi Parlimen Gerik itu.

Menurut Asyraf Wajdi, secara umum BN, PH dan PN berjanji akan mengkaji untuk hanya menawarkan kerakyatan bagi anak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia di luar negara.



Ia adalah antara isu yang telah dikaji sejak dahulu bagi memastikan keadilan terhadap wanita tempatan yang melahirkan anak di luar negara setelah bersuamikan warga asing.

Bagaimanapun katanya, janji PH untuk memberikan kerakyatan automatik terhadap anak angkat dan warga emas yang mempunyai anak warga Malaysia boleh menggadaikan kedaulatan negara.

Pemberian kerakyatan kepada warga emas terbabit akan membebankan Malaysia dalam jangka masa panjang.

“Memberikan kerakyatan kepada warga asing tua secara automatik akan memberi beban kepada perkhidmatan kesihatan negara.



“Semua ini akan menggunakan wang pembayar cukai dan menjejaskan hak warga emas kita sendiri,” katanya.

Asyraf Wajdi juga mempersoalkan jaminan kesetiaan mereka kepada negara jika kerakyatan diberikan secara sewenang-wenangnya.

Beliau turut menegaskan janji dalam manifesto PH tersebut akan merosakan demografi dan keseimbangan antara kaum di negara ini.

Lebih membimbangkan menurut Asyraf Wajdi, selepas media melaporkan lebih 1.2 juta pelancong dari negara China tidak mempunyai rekod keluar daripada negara antara tahun 2018 hingga 2021.



“Jumlah ini terlalu besar dan membimbangkan kita. Jika PH memerintah dan kesemua mereka ini diberikan kewarganegaraan, maka ia akan merosakkan demografi negara dan menyahstabil keseimbangan antara kaum yang telah wujud selama ini.

“Tawaran PH ini menunjukkan mereka lebih mementingkan undi daripada kedaulatan negara.

“Rekod buruk mereka dan bekas-bekas sekutu mereka terutama PPBM dalam isu ICERD, Statut Rome dan Batu Putih membuktikan kesemua parti ini tidak layak diberikan peluang mengemudi negara buat kali kedua,” tegas Asyraf Wajdi. MG

Manifesto PH gadai kedaulatan negara – Asyraf




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker