BN Bina Negara Lebih 60 Tahun, Berubah Sekelip Mata Pasca PRU14

#PRU15

BN Bina Negara Lebih 60 Tahun, Berubah Sekelip Mata Pasca PRU14

“Kita dapat bangunkan negara dengan baik malah negara lain sebaya dengan kita terkial-kial… malah Malaysia mewakili negara ketiga di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu… menjuarai isu Palestin tetapi hari ini orang tidak mahu lagi dengar cakap kita”, kata Tok Mat

“60 tahun kita bina negara, 22 bulan campur 17 bulan sekadar zaman merosakkan negara… begitu susah kita bina negara, nama yang harum merudum. Saya jumpa duta-duta asing, kadang-kala ada yang datang ke pejabat saya tanya kenapa tidak mahu melabur?

“Mereka jawab bukannya tidak mahu melabur tetapi kerajaan yang dibentuk menjadi persoalan apabila tidak dibentuk melalui pilihan raya. Tidak ada siapa mahu berdagang dan pelabur baru tidak ada… yang ada pun makin berkurang. Sebab itu kita daripada awal mahu pilihan raya diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam majlis bersama masyarakat setempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paroi, di sini.

Mohamad yang juga calon BN Parlimen Rembau seterusnya menambah pembentukan kerajaan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan adalah semata-mata mahu menyelamatkan negara kerana pada waktu itu ketiadaan kerajaan.

“…kerana nak selamatkan negara pada waktu Tun Mahathir letak jawatan… kita pada waktu itu tidak ada kerajaan.

“Anak-anak muda juga tertipu… seburuk-buruk zaman BN yang dilontarkan pelbagai dakwaan, BN tidak pernah jual harta malah kumpul aset negara, tetapi apabila mereka naik habis dijarahnya… 22 bulan mereka memerintah boleh lihat segala-galanya,” ujarnya. – UMNO Online

BN Bina Negara Lebih 60 Tahun, Berubah Sekelip Mata Pasca PRU14


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker