Baru kehilangan isteri, anak sulung pula dijemput Ilahi
Baru kehilangan isteri, anak sulung pula dijemput Ilahi
Melaka: Impian seorang remaja untuk menyertai angkatan tentera tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Pantai Puteri, pagi tadi.
Sham Abdul, 44, berkata, dia amat berharap anak sulungnya Khairul Nizam, 18, yang juga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menyertai perkhidmatan tentera demi menjamin masa depan.
Katanya, dia hanya mengetahui anaknya terbabit kemalangan selepas dihubungi sepupu arwah yang mengikut arwah ke tempat kejadian.
“Selepas arwah mendapat keputusan SPM saya menyuruh dia memohon masuk tentera supaya lebih mudah untuk masa depannya dan juga untuk membantu keluarga.
“Arwah tidak membantah kerana dia memang minat, tapi apakan daya dia meninggal dalam kemalangan motosikal,” katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka (HM).
Sham berkata, dia reda apabila insan kedua disayangi dijemput Ilahi, selepas isterinya meninggal dunia pada 20 Februari lalu.
“Saya baru kehilangan isteri kini anak sulung pula dijemput Ilahi, namun saya reda apatah lagi arwah anak yang baik,” kata bapa kepada empat anak itu.
Menurutnya, selepas kematian isteri, dia menjaga dua anak perempuan di Kampung Seberang Perai, Alor gajah manakala dua lagi anak lelaki tinggal bersama keluarga mentua di Sungai Petai.
“Walaupun tinggal berasingan setiap hari arwah akan datang ke rumah untuk bertemu saya dan adik-beradik lain. Namun, semalam dia tidak naik ke rumah dan hanya singgah di rumah neneknya.
“Saya hanya dengar suaranya saja tapi adik lelakinya perasan arwah sedikit berubah menjadi pendiam sebelum kejadian,” katanya.
Jenazah anaknya yang dibawa keluar jam 6 petang tadi disemadikan bersebelahan pusara isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Perai.
Terdahulu, media melaporkan Khairul Nizam dan seorang lagi mangsa, Muhammad Amirul Hadi Norizan, 15, maut selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain dalam kejadian di Pantai Puteri, di sini, jam 4.18 pagi.
Sementara itu, bapa Muhammad Amirul Hadi, Norizan Abd Ghani, 51, berkata, dia tidak menyangka perbualan panjang mereka pagi kelmarin menjadi kenangan terakhir bersama anak ketiga daripada lima beradik itu.
“Pagi kelmarin (Jumaat) kami bersembang lama dari jam 2 pagi hingga 4 pagi sambil duduk di kerusi di luar rumah, sebelum ini tidak pernah begitu.
“Kami sembang biasa saja dan arwah juga membantu angkat barangan untuk jualan di gerai. Tak sangka ia perbualan terakhir kami,” katanya.
Peniaga gerai makanan itu berkata, kebiasaannya dia akan menelefon anaknya jika pulang lewat selepas keluar bersama rakan-rakan pada hujung minggu.
“Saya tidak perasan bila arwah keluar kerana sekitar jam 8 malam dia masih ada di rumah bersama adik-beradiknya.
“Saya hanya tersedar kira-kira jam 4 pagi tadi apabila rakan-rakannya telefon menyatakan arwah kemalangan. Saya bergegas ke tempat kejadian, namun mayat sudah dibawa ke HM,” katanya. HM
Baru kehilangan isteri, anak sulung pula dijemput Ilahi
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.