Bahana turunkan kadar faedah, inflasi Turkiye melambung 80 peratus

Bahana turunkan kadar faedah, inflasi Turkiye melambung 80 peratus

Bahana bertindak melawan arus dengan menurunkan kadar faedah secara drastik, kadar inflasi Turkiye melambung lebih 80 peratus.

Dalam pada itu nilai matawangnya, Lira juga susut lebih 27 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini.

Pada pertengahan September lalu, Bank pusat Turkiye sekali lagi mengejutkan pasaran dengan keputusannya untuk menurunkan penanda aras kadar faedahnya, yang mana menyaksikan kadar inflasi di negara itu melonjak melebihi 80 peratus pada peringkat bulanan.

Penggubal dasar monetari di negara itu memilih pemotongan 1.00 peratus kadar faedah, menurunkan daripada 13 peratus kepada 12 peratus.

Kadar inflasi Turkiye adalah direkodkan pada 80.2 peratus pada bulan berkenaan, meningkat untuk bulan ke-15 berturut-turut dan paras tertinggi dalam tempoh 24 tahun.

Pada Ogos, Turkiye juga mengurangkan kadar sebanyak 1.00 peratus.

Secara keseluruhannya, negara itu sudah menurunkan 5.0 peratus sejak pada akhir 2021, sekali gus mencetuskan krisis mata wang.

Bank Pusat Republik Turkiye dalam satu kenyataan baru-baru ini yang dipetik Reuters, berkata, ia telah “menilai bahawa tahap dasar yang dikemas kini adalah mencukupi di bawah tinjauan semasa.

Ia berkata pemotongan itu perlu kerana pertumbuhan dan permintaan terus perlahan dan juga menyebut “risiko geopolitik yang semakin meningkat.” BH

Bahana turunkan kadar faedah, inflasi Turkiye melambung 80 peratus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker