Usah dicantas pucuk muda dalam UMNO

#PRU15

Usah dicantas pucuk muda dalam UMNO

SEBELUM calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diumumkan malam tadi, seorang tokoh politik veteran sempat menyuarakan harapannya kepada penulis.

Beliau yang aktif ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO berharap agar mereka yang dipilih mampu membersihkan Parlimen dari label ‘sarkas’ apabila BN kembali membentuk kerajaan nanti.



Setelah melihat sebahagian besar calon-calon muka baharu yang diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam tadi, harapan beliau bakal menjadi kenyataan.

BN memang amat memerlukan barisan Ahli Parlimen yang mampu berhujah dan berbahas di Dewan Rakyat secara ilmiah dalam mengetengahkan pandangan mereka serta suara rakyat mengenai pelbagai isu di negara ini.

Amat menyedihkan sejak kebelakangan ini apabila Dewan Rakyat seolah-olah bertukar menjadi ‘sarkas’ ekoran sikap segelintir Ahli Parlimen yang dilihat saling ejek-mengejek dan menjerit antara satu sama lain.

Malah, ada yang agak melampau apabila mengeluarkan kenyataan berunsur seksis, mencarut dan lucah semasa di dalam Dewan Rakyat.



Ahli-ahli Parlimen terbabit melakukan semua perbuatan kurang sopan itu walaupun sedar gelagat mereka diperhatikan oleh rakyat melalui siaran langsung dalam saluran televisyen dan media sosial.

Kali ini, BN tidak memerlukan watak-watak sedemikian yang dilihat lebih cenderung mencari publisiti murahan dengan harapan agar kekecohan yang mereka cetuskan dilaporkan oleh media massa.

Sekadar menyebut beberapa nama, calon-calon muda seperti Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Zahida Zarik Khan, Datuk Fathul Bari Mat Jahya, Khairul Azwan Harun, Shahril Hamdan dan Isham Jalil berupaya menyuntik ‘kematangan’ yang diperlukan dalam kem BN di Dewan Rakyat.

Dari segi pendidikan dan latar belakang kerjaya, mereka bukan calang-calang orang dan tergolong dalam kategori intelektual serta profesional. Kriteria sebegini amat diperlukan untuk menarik sokongan golongan M40 menyokong BN.



BN juga amat memerlukan pemimpin-pemimpin muda yang pintar untuk mematahkan hujah dan serangan pihak lawan termasuk daripada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sekiranya beliau kembali ke Dewan Rakyat selepas PRU15.

Jika BN masih menggunakan taktik lama termasuk ‘mencelah’ perbahasan pihak lawan, sukar untuk meyakinkan golongan muda, intelektual, atas pagar dan M40 agar terus menyokongnya.

Namun, sukar untuk calon-calon muda BN mendapat tempat di Dewan Rakyat sekiranya pemimpin-pemimpin akar umbi UMNO masih angkuh dengan mentaliti warlord dan akar umbi mempunyai sentimen ‘kedaerahan’ yang sempit sehingga menyebabkan mereka menolak bulat-bulat calon dari luar bahagian.

Semua pemimpin dan ahli UMNO seharusnya sedar bahawa zaman kini sudah jauh berubah dan pucuk pimpinan parti perlu mengambil kira faktor tersebut dalam soal menentukan calon-calon pilihan raya.



Rakyat khususnya mereka yang tidak menganggotai mana-mana parti politik menilai keseluruhan barisan calon yang diketengahkan oleh gabungan politik yang bertanding dan bukannya secara berasingan mengikut kawasan Parlimen.

Berilah peluang kepada calon-calon muda untuk mewakili parti di Dewan Rakyat. Sudah tiba masanya bagi mereka berkhidmat untuk rakyat dan BN setelah sekian lama membantu kemenangan pemimpin-pemimpin lama.

Buka ruang untuk bakat kepimpinan mereka berkembang subur dan bukannya dicantas ketika baru mula berputik. MG

Usah dicantas pucuk muda dalam UMNO




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker