Shahril Hamdan dalam ‘mood’ terbaik rampas Parlimen Alor Gajah

 

Shahril Hamdan dalam ‘mood’ terbaik rampas Parlimen Alor Gajah yang disandang Mohd Redzuan Yusof dalam pertembungan empat penjuru pada PRU15.

Redzuan yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) dicabar Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan yang mewakili Barisan Nasional (BN), Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari dan Muhammad Nazriq Abdul Rahman mewakili Pejuang.

Senarai rasmi calon itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya Parlimen Alor Gajah Saiful Hazwa Kipli di Dewan Taming Sari UiTM Kampus Alor Gajah selepas proses penamaan calon tamat pada 10 pagi tadi.

Kira-kira lebih 300 penyokong parti bertanding berkumpul di pekarangan pintu masuk UiTM sejak 7 pagi tadi.

Pada PRU14, Redzuan menang kerusi Parlimen itu atas tiket Bersatu, yang ketika itu masih bersama PH, selepas menewaskan calon BN Wong Nai Chee dan calon PAS, Mohammad Nazree Mohammad Aris dengan majoriti 6,980 undi.

Bersatu kemudian meninggalkan PH dan membentuk PN bersama PAS, Gerakan, Star dan SAPP.

Redzuan akan mewakili PN pada PRU kali ini dalam misi mempertahankan kerusi tersebut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker