Salim setia bersama BN, bantu calon BN Jempol

#PRU15

Salim setia bersama BN, bantu calon BN Jempol

JEMPOL: Penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd. Sharif mengakui berasa kecewa apabila tidak dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun menurut Ketua UMNO Bahagian Jempol itu, kesetiaannya masih pada BN dan akan memastikan parti itu tetap mendapat kemenangan di kerusi itu.

“Calon bertukar dan pada mulanya ramai yang kecewa, saya juga kecewa, perkara ini saya sudah beri penjelasan kepada mereka (penyokong). Kekecewaan ini tidak harus berlarutan terlalu lama, mungkin prosesnya satu, dua hari, begitulah keadaan pada pilihan raya.

“Apa yang penting, ini adalah proses pilihan raya, siapa pun dipilih pucuk pimpinan, parti akan terus disokong. Sekarang adalah proses untuk berjuang supaya kemenangan berpihak kepada BN,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Ketua UMNO Bahagian Jempol bersama kepemimpinan UMNO Jempol di sebuah hotel di Bahau, di sini, hari ini.

Ketika ditanya pula mengenai desas-desus beliau akan bertanding di Parlimen Jempol namun atas tiket parti lain, Mohd. Salim mengakui terdapat beberapa ahli politik lain yang cuba melamarnya untuk menyertai parti-parti tertentu.

Namun beliau menolak lamaran berkenaan kerana mahu meneruskan perjuangannya bersama BN.

“Biasalah bila keadaan ini berlaku, parti politik di Malaysia ini banyak, tidak mengapa, kita mengamalkan demokrasi di negara ini. Bagi saya, apa yang berlaku bukan di Jempol sahaja malah semua negeri pun terlibat.

“Ya, saya tetap setia bersama BN, Ahli Parlimen berat tugasnya, jadi kena pikul bersama, kalau berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing, kita tidak boleh bersendirian, kena lakukan secara berpasukan,” katanya yang turut memberitahu kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di Parlimen Jempol akan meneruskan operasi serta gerak kerja seperti yang dirancang sebelum ini.

Semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli dipilih sebagai calon BN di Parlimen Jempol. Utusan

Salim setia bersama BN, bantu calon BN Jempol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker