Calon heavyweight di Port Dickson bakal berdepan dengan Ayahanda Rani Kulop

Abdul Rani Kulup, Aktivis yang terkenal dengan siri laporan polis dan penampilan melucukan, mencuba nasib dengan bertanding di parlimen Port Dickson.

Dia akan berdepan dengan tokoh handalan pelbagai parti.

Mereka ialah Menteri Besar Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH), bekas timbalan menteri MIC P Kamalanathan dan anak seni popular Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

Seorang lagi calon kawasan itu ialah Rafiei Mustapha daripada Perikatan Nasional (PN).

Ketika hadir menghantar borang bersama penyokong, dia memakai pakaian bangsawan Melayu, bertanjak dan bercapal.

Penyandang kerusi itu Anwar Ibrahim tidak bertanding kerana berpindah ke Tambun, dalam rangka PH menjadikan Perak sebagai negeri barisan hadapan dalam pilihan raya 19 November depan.

Anwar, pengerusi PH, memang dengan majoriti besar 23,560 undi dalam pilihan raya kecil 2018.

Parlimen yang terkenal dengan pantai peranginannya itu mempunyai 97,058 pengundi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker