Tak patut pemimpin Umno tanding parti lain – Mahdzir
#PRU15
Tak patut pemimpin Umno tanding parti lain – Mahdzir
Tindakan dua pemimpin Umno yang akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini tidak sepatutnya berlaku, kata naib presidennya Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, keputusan bekas Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan bekas Ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib juga telah melanggar perlembagaan parti.
“Saya fikir ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, tapi ada yang dah berlaku, jadi ada sesuatu yang tidak berapa menariklah sebab ada yang telah membuat keputusan yang begitu drastik.
“Dalam institusi politik ini realiti macam itulah (harus berjiwa besar jika tidak dipilih sebagai calon pilihan raya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama guru-guru Kafa dan jawatankuasa masjid daerah Padang Terap di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dua bekas anggota Kabinet itu yang diumumkan akan bertanding atas tiket PN pada PRU15 oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu di Marang, Terengganu, malam tadi.
Mahdzir berkata dalam perlembagaan parti, sudah jelas dinyatakan mengenai peraturan dan hukuman bagi ahli yang melakukan kesalahan tertentu.
Ditanya sama ada kedua-dua pemimpin itu telah terlucut keahlian mereka dalam Umno, beliau berkata perkara itu sudah terkandung di dalam perlembagaan parti namun enggan mengulas lanjut dan menegaskan tumpuan adalah ke arah memenangi pilihan raya nanti.
Shahidan yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan Ismail sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, menang kerusi masing-masing atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lepas.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka digugurkan sebagai calon bagi PRU15 dan digantikan oleh Rozabil Abd Rahman di Parlimen Arau manakala Shahaniza Shamsuddin di Maran. FMT
Tak patut pemimpin Umno tanding parti lain – Mahdzir
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.