Saifuddin tegur Rafizi henti buat kenyataan perbincangan PKR
#PRU15
Saifuddin tegur Rafizi henti buat kenyataan perbincangan PKR
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menggesa Timbalan Presidennya Rafizi Ramli supaya menghentikan membuat kenyataan terbuka mengenai proses pemilihan parti bagi PRU15.
“Parti telah buat keputusan. Hormat dan patuh. Elak buat kenyataan tentang hujah, alasan atau siapa di sebalik sesuatu keputusan itu dibuat.
“Calon telah dimuktamad. Itu keputusan bersama. Ini keputusan parti. Tidak semua perbincangan dalaman parti perlu di hebah. Proses parti perlu dihormati,” katanya kepada Malaysiakini.
Saifuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rafizi mengenai perbezaan pandangan antara dirinya dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam pemilihan calon parlimen Sungai Buloh.
Rafizi semalam berkata bahawa dia dan jawatankuasa pemilihan calon parti itu pada mulanya mencadangkan agar penyandang kerusi parlimen itu, R Sivarasa (gambar, atas) mempertahankan Sungai Buloh pada PRU15 ini.
Bagaimanapun, katanya Anwar mempunyai pendapat berbeza dan dia menghormati budi bicara tersebut kerana memang kuasa letak calon ialah bidang kuasa presiden.
PKR sebelum ini mengumumkan akan meletakkan timbalan ketua penerangannya, R Ramanan di kerusi parlimen Sungai Buloh.
Pengumuman Ramanan sebagai calon PKR di Sungai Buloh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahlinya yang mendesak supaya Sivarasa dikekalkan atau calon lain dipilih.
Ini terutama selepas BN mengumumkan Khairy Jamaluddin sebagai calon mereka di kawasan itu.
Rafizi berkata selepas mempertimbangkan maklum balas yang diterima, PKR membuat keputusan untuk mengekalkan Ramanan sebagai calon di Sungai Buloh.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan media tempatan mendedahkan bahawa “isu kesihatan” menjadi sebab R Sivarasa tidak dinamakan semula bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.
Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan dipetik Utusan Online berkata penampilan Sivarasa yang dilihat dengan keuzuran semasa berkempen boleh memberi kesan kepada peluang PH untuk mengekalkan kerusi itu.
Sementara itu, Saifuddin berkata langkah terbaik buat masa ini adalah memberi fokus kepada strategi untuk menang pada PRU ini.
“Meneruskan ke depan dan fokus kepada jentera. Mobilisasi dan menghubungi seramai mungkin pengundi dan memberi mesej yang betul.
“Masa sudah tidak banyak,” katanya.
Penamaan calon PRU15 diadakan pada 5 Nov esok manakala hari mengundi pada 19 Nov.
Sungai Buloh mempunyai 158,090 jumlah pengundi dengan kaum Melayu terdiri daripada 99,278 pengundi diikuti Cina (32,560) dan India (16,361). Mk
Saifuddin tegur Rafizi henti buat kenyataan perbincangan PKR
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin