Peranti Siswa untuk semua pelajar IPT jika BN menang – Khairy
#PRU15
Peranti Siswa untuk semua pelajar IPT jika BN menang – Khairy
Khairy Jamaluddin akan mencadangkan Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia diteruskan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bahkan, calon Parlimen Sunagi Buloh itu berkata, pemberian gajet itu perlu diberikan kepada semua mahasiswa kerana ia penting dalam sesi pembelajaran kerana penggunaan platform digital seiring dengan peredaran zaman.
Menurutnya, perkara itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri.
“Ini bukan janji manis, saya nak bagi tahu apa yang saya cadangkan. Kalau berjaya kita membentuk kerajaan, kita pastikan program peranti siswa ini dikekalkan kepada semua pelajar setiap tahun.
“Baru ini saya pergi ke kampus UITM Seremban dan waktu saya beramah mesra dengan pelajar yang mahu dapatkan tablet, kebanyakan memberitahu mereka tiada tablet. Kalau ada pun memang dah usang.
“Bagi kes-kes yang jual tablet ini, saya rasa tak ramai. Mungkin segelintir yang tidak bertanggungjawab dan saya yakin dalam dewan ini semua akan pakai tablet dan tidak akan jual.
”Saya rasa peranti ini akan banyak membantu penerima,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di UITM Sungai Buloh, hari ini.
Khairy yang juga Menteri Kesihatan menambah, peranti bukan lagi digelar sebagai kategori barangan mewah tetapi ia adalah alat keperluan bagi golongan siswazah dan pelajar terutama golongan B40.
Jelasnya, walaupun negara sudah menarik Perintah Kawalan Pergerakan tetapi banyak kerja kursus mahasiswa masih dibuat secara atas talian.
Oleh itu, gajet ini sudah menjadi keperluan semua.
“Bila kita buat survei golongan T20 dan M40 dah ada. Jadi kita buat keputusan untuk beri kepada semua pelajar dalam fakulti, jadi semua meeting, webinar online pakai peranti.
”Saya kesian kepada pelajar-pelajar terpaksa pinjam handphone ibu bapa dengan size skrin kecil.
“Jadi kalau kita nak bercita-cita nak jadi negara 5G, kita kena beri. Kalau kita jadi kerajaan, kita akan beri kepada semua mahasiswa.” ujarnya.
Sementara itu, ditanya sama ada UITM Sungai Buloh turut tersenarai atau tidak dalam manifestonya pada pilihan raya ini, Khairy berkata, ia termasuk dan akan diumumkan minggu hadapan.
“Sudah pasti ia (UITM Sungai Buloh) temasuk dalam manifesto saya kerana mengambil kira universiti ini ada fakuliti pergigian dan perubatan.
“Ia adalah selaras dengan jawatan yang saya pegang ketika ini sebagai Menteri Kesihatan,” jelasnya. MG
Peranti Siswa untuk semua pelajar IPT jika BN menang – Khairy
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.