Pemimpin BN bertanding atas tiket PN bukan pejuang sebenar parti
#PRU15
Pemimpin BN bertanding atas tiket PN bukan pejuang sebenar parti
Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan dua pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas tidak dicalonkan semula, sebagai bukan pejuang sebenar parti.
Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang itu berkata, pemimpin yang sebenar seharusnya memahami bahawa, pucuk pimpinan parti memerlukan calon yang lebih layak berkhidmat untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri.
Tengku Razaleigh berkata, langkah parti menggugurkan muka lama tidak bermakna pemimpin lama itu tidak bagus, sebaliknya parti bertindak sedemikan bagi menampilkan muka baharu yang boleh memberi khidmat lebih baik kepada rakyat.
“Kalau orang lain masa dia jadi pemimpin dapat menukar orang dan orang itu bersabar, dia juga patut bersabar jugalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Jaring Piala Ku Li di Bukit Cekati, di sini hari ini.
Tengku Razaleigh berkata apabila tiba masanya, beliau sendiripun mungkin tidak lagi dicalonkan oleh parti untuk bertanding maka ketika itu perlulah bersabar.
“Jadi kita kena fahamlah dan hakikatnya kita mahu parti menang. Bukan diri kita menang,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, ahli politik seharusnya sedar, terdapat tempoh tarikh luput bagi perkhidmatan mereka.
“Kita jadi alat kepada rakyat dan juga kepada parti, jadi ini bukan milik kita. Sampai masa kita pun kena berundur,” katanya.
Semalam Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, masing-masing akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau dan Maran atas tiket PN selepas mereka tidak dicalonkan BN. MG
Pemimpin BN bertanding atas tiket PN bukan pejuang sebenar parti
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.