Khalid Yunus muncul semula bertanding di Jempol

#PRU15

Khalid Yunus muncul semula bertanding di Jempol

Bekas Ahli Parlimen Jempol empat penggal Khalid Yunus akan membuat penampilan semula pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Khalid, 79, yang juga timbalan presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan bertanding atas tiket Pejuang menentang Shamshulkahar Mohd Deli daripada Barisan Nasional (BN), calon Perikatan Nasional (PN) Noraffendy Salleh dan calon Pakatan Harapan (PH) Norwani Ahmat.



Katanya, beliau terpanggil untuk bertanding semula, selepas berundur daripada arena politik, kerana melihatkan kemelut yang melanda negara, termasuk membabitkan kawasannya.

Beliau berkata, sejak pencen, beliau tidak nampak sebarang perubahan besar di daerah Jempol, apatah lagi membabitkan golongan muda.

“Kalau ikutkan, saya tidak berminat untuk ‘terjun’ semula ke gelanggang, namun (melihatkan) pelbagai kemelut yang melanda, terutama apabila melihat kawasan Parlimen Jempol yang masih tidak banyak berubah.

“Ini menyebabkan terpanggil untuk bertanding, apatah lagi ada penduduk yang mahu saya bertanding,” katanya menurut Berita Harian.



Khalid pernah menjadi exco Negeri Sembilan dari 1982 hingga 1986, selain timbalan menteri di empat kementerian pada 1986 hingga 2003.

Beliau pernah menjadi timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi, timbalan menteri pelajaran, timbalan menteri penerangan dan timbalan menteri pembangunan usahawan.

Menurut Khalid, beliau akan memberikan fokus kepada anak muda, sama ada yang tinggal di kampung atau tanah rancangan Felda, terutamanya dalam bidang pendidikan dan kemahiran.

Semua perkara itu pernah dicadangkan sebelum beliau bersara, katanya, namun ia tidak diteruskan oleh Ahli Parlimen seterusnya.



“Tidak ada gunanya kita berbangga dengan tokoh ilmuan bahasa Melayu, Zainal Abidin Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Za’aba, anak jati Batu Kikir, Jempol, sekiranya sebuah universiti pun tidak boleh dibuka di Jempol,” katanya. FMT

Khalid Yunus muncul semula bertanding di Jempol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker