Calon PN Ketereh rasa dimalukan sebab belum terima watikah


Calon PN Ketereh rasa dimalukan sebab belum terima watikah

Seorang daripada lima calon Bersatu yang diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan pasrah dengan nasibnya yang masih tidak menerima sebarang watikah sehingga kini.

Ketika waktu penyerahan pencalonan kurang daripada 24 jam untuk berakhir, Khlir Mohd Nor berkata, tidak banyak yang mampu dilakukannya sekarang.

Bekas pegawai tentera itu menjelaskan, dia sudah memberitahu masalahnya kepada pemimpin Bersatu yang kemudian merujuk isu tersebut ke peringkat tertinggi parti.

Katanya dia difahamkan pencalonan Bersatu itu sudah diberitahu kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang tetapi ketiadaan watikah akan menghalang dia untuk menyertai PRU sebagai calon PN di Ketereh pada 19 Nov ini.

“Saya tak boleh nak buat apalah… Sepatutnya pada hari pengumuman calon tu, watikah dah dibagi. Cuba nak malukan saya tu,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

PN Kelantan mengumumkan senarai calon masing-masing pada 2 Nov lalu. Tidak seperti di kebanyakan negeri, PN Kelantan akan bertanding menggunakan logo PAS.

Justeru watikah untuk menjadi calon akan dikeluarkan Abdul Hadi selaku pemimpin tertinggi PAS.

Turut menggunakan logo PAS untuk calon PN dalam PRU ke-15 ini ialah Terengganu.

Selain Khlir yang diumumkan sebagai calon Ketereh, empat lagi calon Bersatu ialah Mohd Azizi Abu Naim yang akan bertanding di Gua Musang, Zahari Kechik (Jeli), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang) dan Tanah Merah (Ikhmal Hisham Abdul Aziz).

Bagaimanapun penyandang kerusi Ketereh, Annuar Musa, pula tidak dicalonkan semula oleh BN. Sebaliknya gabungan terbabit menamakan ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, menggantikan tokoh veteran terbabit.

Bukan tak nak jadi calon

Annuar pula memberi gambaran ketiadaannya dalam senarai calon BN bukan bermakna dia akan hanya menjadi pemerhati dalam persaingan di Ketereh.

Secara berkias dia sudah beberapa kali memberi bayangan akan mengambil langkah mengejutkan menjelang hari penamaan calon.

Ditanya sama ada Khlir ada mendengar tempatnya akan digantikan dengan Annuar, dia berkata, ada pihak yang memaklumkan hal sebegitu kepadanya.

“Saya difahamkan macam itulah, mungkin Haji Hadi nak bagi kepada dia (Annuar) lah agaknya, saya tak tahu… mungkinlah.

“Tak apalah, nak buat macam mana, dah Allah takdirkan macam tu saya terima saja,” katanya.

Tambah Khlir, jika memang dia akhirnya tidak menjadi pilihan untuk menjadi calon Ketereh, tidak ada apa tindakan yang akan diambilnya selain berundur saja.

“Saya tidak diwatikahkan, bukannya saya tak nak jadi calon. (Saya bimbang) nanti mereka kata saya ambil duit (dibayar untuk menarik diri) atau seumpamanya, dah jadi masalah pulak.

“Cuma saya nak bagitau, saya tidak dirasuah tidak ada apa. Nanti orang kata saya ambik duit apa semua, saya tak nak begitulah,” katanya. Mk

Calon PN Ketereh rasa dimalukan sebab belum terima watikah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker