Shahidan muncul di Terengganu, bergegas nak isi borang

Shahidan muncul di Terengganu, bergegas nak isi borang

Majlis pengumuman calon-calon PN Terengganu yang asalnya biasa-biasa saja apabila hampir semua penyandang dicalokan semula berubah menjadi kejutan apabila susuk Shahidan Kassim muncul.

Bekas menteri besar Perlis yang digugurkan Umno-BN daripada senarai mereka diumum Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebagai pertaruhan gabungan itu untuk kerusi parlimen Arau.



Abdul Hadi juga mengumumkan penyandang kerusi Maran, Ismail Abd Muttalib, akan dikekalkan sebagai calon di kerusi itu, namun sebagai calon PN.

Shahidan ketika diberi peluang berucap ringkas memberitahu, dia baru tiba di Rusila, Marang dari Perlis selepas diminta berbuat demikian oleh pimpinan PN.

Selepas ini, katanya, dia perlu bergegas untuk kembali ke Perlis.

“Saya perlu balik ke Perlis untuk isi borang. Watikah dah dibagi tapi borang belum isi,” katanya.



Bagaimanapun tidak pasti parti mana yang akan menjadi pilihan buat Shahidan selepas ini. Mk

Shahidan muncul di Terengganu, bergegas nak isi borang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker