Ismail Muttalib tanding di Maran atas tiket PN

#PRU15

Ismail Muttalib tanding di Maran atas tiket PN

Penyandang Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib yang digugurkan Barisan Nasional (BN), akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-15 atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Marang malam ini.



Selain Ismail, Hadi turut mengumumkan Shahidan akan mewakili PN di Parlimen Arau pada 19 Nov ini.

Sementara nama yang dicalonkan BN ialah Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran.

Mengulas mengenai penerimaan akar umbi BN Maran selepas dirinya dinamakan untuk mempertahankan kerusi itu, Shahaniza menyatakan komitmennya.

“Bagi saya, ini adalah keputusan pucuk pimpinan yang saya akan galas sebaik-baiknya untuk pastikan kemenangan BN di Maran dan tugas saya (adalah supaya) ketiga-tiga DUN di Maran dapat dimenangi.
“Untuk Maran calon DUN semua kekal penyandang, cuma muka baharu saya (kerusi Parlimen Maran).
“Insya-Allah saya yakin akar umbi akan mendahuluikan parti… itu keyakinan saya,” katanya.



Ismail Muttalib tanding di Maran atas tiket PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker