Saya akan berjuang habis-habisan rampas semula Parlimen Sungai Buloh – Khairy

#PRU15

Saya akan berjuang habis-habisan rampas semula Parlimen Sungai Buloh – Khairy

Khairy Jamaluddin akan berjuang habis-habisan di Parlimen Sungai Buloh untuk merebut kembali kerusi itu yang sudah tiga penggal dikuasai parti pembangkang sejak Pilihan Raya Umum pada 2008.

Calon Parlimen Sungai Buloh itu berkata, beliau mahu bekerja keras bagi merampas semula kerusi itu biarpun calon BN pernah tiga kali tewas dengan majoriti lebih 20,000 undi.



“Biarpun sedar Sungai Buloh ini bukan kawasan putih, malah bukan kelabu, tetapi ini kawasan gelap gelita macam saya juga. Jadi kita jangan jadi penumpang Barisan Nasional (BN), tetapi kena jadi pelengkap kerana kita hadir untuk menang bagi membentuk kerajaan yang stabil.

“Bagi saya demografi Sungai Buloh menggambarkan Malaysia sebenar, dengan kira-kira 65 peratus komposisi Melayu, China 21 peratus, India 10 peratus dan lain-lain dua peratus.

“Kepada pengundi di Sungai Buloh tanpa mengira kaum dan bangsa, saya akan terus berjuang untuk anda, kerana saya pemimpin Malaysia,” katanya kepada media selepas Majlis Bersama KJ di Parlimen Sungai Buloh (P107) di pejabat UMNO Bahagian Sungai Buloh di sini, malam ini.

Majlis itu adalah yang pertama dihadiri Khairy yang juga Menteri Kesihatan selepas diumumkan sebagai calon BN di Parlimen Sungai Buloh semalam,



Khairy berkata, BN tidak boleh berterusan hanya berjuang di kawasan putih khususnya luar bandar kerana atas tiket kerusi selamat sebaliknya perlu menang di kawasan bandar yang banyak dikuasai parti pembangkang.

“Jika semua BN pergi ke kerusi selamat dengan tertumpu luar bandar dan tidak berani lawan di bandar, BN tidak boleh pegang bandar. Di Sungai Buloh daripada keseluruhan 160,000 pengundi majoritinya kawasan bandar.

“Jadi tugas saya untuk menawan semula Parlimen Sungai Buloh bukanlah mudah kerana majoriti pihak lawan sebelum ini melebihi 20,000 undi.

‘Tetapi kalau melihat semangatnya yang hadir malam ini, tidak mustahil kita menang,” katanya.



Katanya, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkan 160,000 pengundi dengan menyampaikan mesej secara bersemuka atau melalui media sosial.

Sementara itu, dalam ucapannya beliau menitipkan pesanan supaya dirinya termasuk jentera berkempen secara ‘gentleman’ dan beradab.

“Sungai Buloh sudah jadi kawasan kerusi panas. Sudah jadi tumpuan, dalam bahasa orang putih hot seat. Saya nak pesan kita kempen secara gentleman. Dalam kempen kena ada adab.

“Boleh sentuh prestasi (pihak lawan), tetapi jangan peribadi. Kita mahu menang dengan idealisma, dengan baik,” katanya.



Terdahulu Pengerusi BN Sungai Buloh, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menjelaskan jentera yang membabitkan kekuatan seramai 18,000 orang memberikan sokongan ‘solid’ untuk memastikan kemenangan Khairy yang disifatkan sebagai pemimpin pelapis masa depan negara.

“Kita semua mengendong ‘the future of this country’. Semua jentera gerak kerja sederap,” katanya.

Sebelum ini, Sungai Buloh disandang R Sivarasa dari PKR sejak 2008.

Pada PRU-14 bagi Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (642).



Secara tradisi kerusi Sungai Buloh ditandingi oleh MIC namun parti itu kalah kepada PKR tiga penggal berturut-turut. BH

Saya akan berjuang habis-habisan rampas semula Parlimen Sungai Buloh – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker