Reezal akan dilantik menteri, jika dapat pertahan Kepala Batas – Ismail

Reezal akan dilantik menteri, jika dapat pertahan Kepala Batas – Ismail

Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sementara, Reezal Merican Naina Merican akan dilantik sebagai menteri semula, jika beliau menang di Parlimen Kepala Batas dan Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan.

Ismail yang merupakan calon perdana menteri BN bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yakin Reezal yang diumumkan sebagai calon BN di Kepala Batas semalam akan mempertahankan kerusi itu bagi penggal ketiga pada 19 Nov ini, berikutan pencapaian cemerlangnya dalam kerajaan.



“Ahli Parlimen ini rajin. Reezal Merican bukan saja cemerlang dari segi Ahli Parlimen, tetapi juga sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan. Baru setahun lebih memegang jawatan itu, pelbagai program bagi kepentingan rakyat dilaksanakan.

“Kalau dah cemerlang, kita pastikan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Masjid Bandar Putra Bertam dan Pusat Belia Kepala Batas di sini.

Pada PRU14, Reezal memenangi kerusi Kepala Batas dengan majoriti 4,736 undi, menewaskan calon PKR, Zaidi Zakaria dan Siti Mastura Muhammad (PAS), selepas memperoleh 22,459 undi.

Parlimen Kepala Batas merupakan kerusi legasi bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang dikuasai BN sejak 35 tahun lalu. FMT



Reezal akan dilantik menteri, jika dapat pertahan Kepala Batas – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker