Saarani nasihat Tajuddin, kerusi hak parti bukan individu
Saarani nasihat Tajuddin, kerusi hak parti bukan individu
Pengerusi Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menasihatkan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak bahawa kerusi yang disandangnya adalah milik parti.
Saarani berkata, semua pemimpin termasuk beliau perlu sedar kerusi yang ditandingi bukan milik individu.
Oleh itu, wakil rakyat perlu memulangkan kerusi yang disandang sekiranya parti meminta berbuat demikian.
“Saya tak boleh komen bagi pihak dia, sebab untuk diri saya dan rakan-rakan lain selalu saya sebut bila tidak dicalonkan lagi kita kena akur sebab tempat itu bukan kepunyaan kita. Tempat itu kepunyaan parti,” kata Saarani selepas Majlis Pengumuman Calon Pilihan Raya Umum Perak hari ini.
Menteri Besar Perak itu berkata, beliau tidak terkecuali dan sekiranya parti meminta untuk memulangkan kerusi beliau akan melakukannya.
Menurut Saarani, beliau sama sekali tidak akan membuat kacau jika tidak dicalonkan semula kerana sedar kerusi yang ditandingi adalah kepunyaan parti.
“Parti pinjamkan kepada kita, bila parti hendak balik dan beri kepada orang lain, kena akurlah sebab itu juga pesanan untuk saya, bila parti merasakan saya perlu berhenti saya akan berhenti.
“Saya tidak akan buat kacau sebab saya tahu, insaf dan faham kerusi itu kepunyaan parti bukan hak saya.
“Semua orang begitu bukan sahaja kepada Tajuddin siapa pun saya kena ingatkan kita tidak dicalonkan semula, sebaik sahaja bubar parlimen kita kena pulangkan kerusi itu kepada parti,” katanya.
Menurt Saarani, pemimpin yang telah diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat sepatunya memberi ruang kepada parti untuk menentukan siapa yang patut bertanding.
Nama Tajuddin tidak disebut dalam pengumuman calon Parlimen BN yang dibuat oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi. MG
Saarani nasihat Tajuddin, kerusi hak parti bukan individu
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin
You must be logged in to post a comment.