Pemain bola sepak tercantik di dunia tak suka gelaran ‘seksi’

Pemain bola sepak tercantik di dunia tak suka gelaran ‘seksi’

Ana Maria Markovic, yang dikenali sebagai “pemain bola sepak paling cantik di dunia” perlu belajar banyak perkara semasa meraikan perayaan Halloween.

Pemain bola sepak wanita kelahiran Switzerland itu mewakili pasukan kebangsaan Croatia dan bermain untuk kelab Switzerland, Grasshopper.



Markovic, 22, muncul antara sensasi media sosial tahun ini, hampir menggandakan pengikutnya di laman Instagram sejak enam bulan lalu sekali gus melepasi angka sejuta peminat di platform itu.

Bagaimanapun dalam salah satu hantaran terbaharu, ia tidak begitu mengujakan apabila dia berpakaian seperti kucing menjelang perayaan Halloween, mungkin kostum paling ringkas yang dimilikinya.

Dia menambah solekan asas misai kucing dan memberi kapsyen pada hantaran itu dengan bertanya, “Apa yang anda pakai ketika Halloween?”

Di sebalik kostumnya yang kurang memberangsangkan, Markovic terus memukau peminat di dalam mahupun di luar padang.



Sebelum ini dia menamakan Cristiano Ronaldo sebagai pemain kegemarannya kerana mengagumi etika kerjanya.

Markovic juga berkata, walaupun dia berasa selesa dikenali sebagai “pemain bola sepak paling cantik di dunia,” dia tidak suka apabila media menggambarkannya sebagai “seksi.”

Dia kini bersuara untuk menuntut kesaksamaan dalam bola sepak terutama berkaitan dengan gaji pemain wanita. BH

Pemain bola sepak tercantik di dunia tak suka gelaran ‘seksi’




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker