Nizar Najib tanding di Dun Peramu Jaya
#PRU15
Nizar Najib tanding di Dun Peramu Jaya
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pada PRU ini, Barisan Nasional (BN) Pahang akan bertanding di 42 kerusi Dun.
BN Pahang juga menampilkan 27 muka baharu di Dun. Lapan daripada 14 calon kerusi parlimen juga membabitkan muka baru.
Daripada keseluruhan kerusi Dun, 34 kerusi ditandingi Umno dan enam lagi MCA.
Bagi kerusi parlimen pula , 11 kerusi ditandingi Umno manakala MCA pula tiga kerusi.
Bagaimanapun, dua calon bagi kerusi Sabai dan Cheka tidak diumumkan.
Pada masa sama, anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nizar diumumkan sebagai calon di Dun Peramu Jaya.
Wan Rosdy berkata, kombinasi muka baharu dan lama adalah ramuan strategik bagi memastikan kesinambungan inisiatif yang telah dirancang serta percambahan idea segar sertga baharu.
Katanya, calon yang dibariskan adalah mewakili semua parti komponen berdasarkan persetujuan dan persefahaman atas semangat dan muafakat BN.
“Tidak berlaku pergeseran atau masalah yang besar dalam merunding dan membahagikan kerusi antara parti komponen BN,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon BN Pahang di sini, hari ini.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Calon BN di 14 kerusi parlimen Pahang membabitkan Ismail Sabri (Bera), Datuk Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis),
Datuk Seri Hasan Ariffin (Rompin), Datuk Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau).
Kerusi Parlimen Pekan pula ditandingi penyandang kerusi Dun Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ahmad, Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar (Kuantan) dan Datuk Mohd Zukarmi Abu Bakar (Jerantut).
Pengumuman juga menyaksikan dua EXCO kerajaan negeri iaitu Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Datuk Seri Shahaniza Shamsudin masing-masing dipertaruhkan untuk bertanding di Temerloh serta Maran.
MCA pula mendapat tiga kerusi Parlimen iaitu Bentong yang bakal ditandingi oleh Tan Sri Liow Tiong Lai manakala kerusi Indera Mahkota akan ditandingi pegawai khas Presiden MCA, Datuk Quek Tai Seong dan Raub pula Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon.
Pada PRU-14, BN Pahang memenangi sembilan daripada 14 Parlimen serta 25 daripada 42 kerusi Dun. HM
Nizar Najib tanding di Dun Peramu Jaya
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin
You must be logged in to post a comment.