PCM sah tukar calon di Parlimen Bukit Bendera

#PRU15

PCM sah tukar calon di Parlimen Bukit Bendera

Georgetown: Parti Cinta Malaysia (PCM) mengesahkan melakukan pertukaran calon parti itu bagi mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Bukit Bendera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, Majlis Tertinggi PCM mengadakan perbincangan dan mendapati calon yang paling sesuai bertanding di kawasan berkenaan adalah Ketua Pemuda PCM Richie Huan Xin Yun.

“Keputusan itu mengambil kira kedudukan demografi dan kebajikan rakyat dan pengundi di Parlimen Bukit Bendera.

“PCM mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi BN kerana memberi peluang kepada parti kami bertanding pada PRU-15 kali ini.

“Sebagai ahli bergabung BN (Friends of BN) sudah pasti peluang ini memberi makna bahawa BN adalah sebuah gabungan parti yang sangat harmoni dan bersesuaian dengan tema BN pada PRU-15 iaitu ‘Kestabilan dan Kemakmuran’,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, BN mengumumkan Razalif Mohamad Zain daripada PCM sebagai calon yang akan mewakili parti itu di kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, sejak awal pagi hari ini timbul desas-desus yang menyatakan kemungkinan pencalonan Razalif akan dibatalkan serta diganti dengan individu lain. HM

PCM sah tukar calon di Parlimen Bukit Bendera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker