Saya anak jati Tenggara – Manndzri

#PRU15

Saya anak jati Tenggara – Manndzri

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib, 42, mahu rakyat khususnya golongan belia membuat pilihan rasional tanpa dipengaruhi sentimen emosi pada hari pengundian 19 November ini.

Ketua Pemuda BN dan Umno Tenggara itu berharap rakyat dapat keluar mengundi beramai-ramai pada hari berkenaan dan fokus kepada bukti kemajuan serta pembangunan yang berjaya dilaksanakan kerajaan BN selama ini.



Katanya, pengundi diminta membuka panca indera mereka mengenai situasi ekonomi Malaysia dan melihat manifesto pihak manakah yang sebenarnya relevan serta boleh ditunaikan.

“Perasaan saya tentulah gembira kerana menjadi anak jati Tenggara pertama yang dipilih sebagai calon mewakili rakyat di Parlimen Tenggara selama ini.

“Kita pernah merasa hidup di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Tentunya saya berharap, semua pengundi termasuk orang muda dapat mengundi dengan rasional iaitu menjauhi diri daripada emosi seperti mana kesilapan dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Mengulas mengenai tindakan ketua parti komponen BN, semua 26 ketua pusat daerah mengundi (PDM) serta 45 Ketua Cawangan Umno Bahagian Tenggara mengadakan sidang media dan menyokong pencalonan semula penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Dr Adham Baba itu semalam, Manndzri berkata, fakta itu tidak tepat.

“Mungkin sidang media itu diadakan kerana menzahirkan emosi keinginan dalam berlebihan sayangnya kepada Dr Adham malah mereka juga tak membawa dan tak tahu siapa calon gantian.

“Saya adalah anak jati Tenggara dan akan meneruskan legasi kebaikan yang dilaksanakan semua ahli parlimen sebelum ini termasuk daripada Dr Adham sendiri,” katanya.

Pada PRU-14, Dr Adham meraih 20,142 undi dengan majoriti 5,933 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Norjepri Mohamed Jelani yang meraih 14, 209 undi serta calon Pas Cikgu Yuha yang hilang deposit apabila hanya meraih sebanyak 2,683 undi. HM



Saya anak jati Tenggara – Manndzri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker