Musa tak tanding PRU15

Musa tak tanding PRU15

KOTA KINABALU: Musa Aman tiada dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Sabah, sekali gus menamatkan spekulasi sejak beberapa minggu lalu bahawa bekas ketua menteri Sabah itu mungkin muncul semula dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin berkata, Musa tidak pernah memaklumkan beliau mahu bertanding pada PRU15.



“Tiada niat untuk masukkannya kerana beliau tidak pernah beritahu saya, beliau mahu bertanding,” katanya selepas mengumumkan calon BN.

Musa, bekas ADUN Sungai Sibuga, dilantik sebagai ketua menteri Sabah dari 2003 hingga 2018.

Sementara itu, anak Musa, Yamani Hafez juga tiada dalam senarai calon BN, walaupun beliau memenangi kerusi Sipitang pada PRU 2018. Yamani memenangi kerusi itu atas tiket Umno.

Beliau kemudian berpaling tadah ke Bersatu pada 2020.



“Yamani tidak akan mempertahankan kerusinya kerana menurut ketua menteri, beliau tidak mahu bertanding,” kata Bung. FMT

Musa tak tanding PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker