Wanita geram anak jiran conteng tembok rumah

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia meluahkan rasa kesal atas tindakan anak  jiran  yang didakwa menconteng tembok hadapan rumahnya yang baru sahaja diubah suai, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan video tular di TikTok, wanita tersebut berkata, apa yang lebih menyakitkan hati adalah ibu kanak-kanak tersebut atau jirannya tidak menegur perbuatan itu, bahkan membela sikap anaknya.

“Saya baru sahaja mengubah suai rumah dengan keadaan yang cantik namun, sakit hati apabila melihat tembok hadapan rumah habis diconteng.



“Sudahlah cat yang dipakai bukan daripada jenis murah. Apabila ditegur anaknya, ibu bapanya akan marah kerana sebelum ini pun mereka membela si anak apabila kami menegur,” ujar wanita berkenaan.

Tambah wanita tersebut, anak jirannya itu turut merosakkan loceng rumahnya yang dipasang pada pagar hadapan.

“Sebelum ini, kami ada memasang loceng untuk memudahkan tetamu atau penghantar bungkusan menekan loceng.

“Namun, anak jiran saya sering menekan loceng itu setiap hari dan tiba-tiba sahaja ia rosak serta dipijak-pijak oleh kanak-kanak itu.



“Serba salah mempunyai jiran begini. Hidup berjiran sepatutnya saling bertolak ansur dan memahami, sukar betul kalau begini,” ujarnya.

Perkongsian wanita tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Anda perlu lebih tegas dalam menegur termasuk menegur ibu bapanya. Tanggungjawab ibu bapa adalah mendidika anaknya agar tidak merosakkan harta benda orang lain,” kata seorang netizen. – Agensi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?



Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker