MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan

MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan

UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya taktik untuk mendapatkan peruntukan dan projek.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata pihaknya tidak terkejut susulan pengumuman yang dibuat Mohd Azizi Abu Naim malam tadi dengan menggunakan alasan demi rakyat.



“Sebelum ini pun sudah dua Ahli Parlimen daripada BERSATU menyatakan sedemikian.

“Saya berpandangan bahawa ini suatu gerakan yang sengaja dibuat oleh PN kerana ketiga-tiga mereka hanya akan digantung keahlian BERSATU, bukannya dipecat untuk menghalalkan status mereka sebagai Ahli Parlimen tidak tergugur.

“Ini hanya satu “diversion game” untuk mendapatkan peruntukan dan projek melalui mereka sahaja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mohd Azizi mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Mohd Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dimohon untuk Parlimen berkenaan dalam tempoh perkhidmatannya.

Mengulas lanjut Noor Hariri berkata, semua sedia maklum, peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak pun disekat dan mereka masih menerima elaun yang ditetapkan.

“Cuma untuk lebih berkesan, Kerajaan Pusat menyalurkan terus peruntukan pembangunan kepada agensi terbabit bagi melancarkan penerimaan terus kepada rakyat di bawah secara bersasar.

“Ia berikutan banyak aduan diterima di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu sebelum ini bahawa peruntukan bantuan hanya diberi dengan `memilih bulu’ kepada ahli parti PAS dan BERSATU sahaja.



“Atas asbab keadilan inilah Kerajaan Pusat perlu terus menyalurkan bantuan terus ke sasaran melalui pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) yang akan melancarkan agihan,” katanya.

Beliau turut berharap agar gerakan halus daripada PN ini tidak mengaburi mata Perdana Menteri dalam mengukuhkan sokongan.

Katanya, PM perlu melihat juga faktor keikhlasan dan kesetiaan dalam menilai “sokongan” tiga Ahli Parlimen itu ibarat kata pepatah ” Sudah Bercerai Tetapi Tinggal Serumah”. BH

MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker