Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
#PRU15
Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi ‘tawaran besar’ buat golongan muda di negara ini.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manifesto itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
“Manifesto Barisan Nasional (BN) itu saya difahamkan akan dilancarkan esok atau lusa.
“Mesti ada berita baik, anak muda merupakan pengundi automatik yang baru mesti ada ‘something’ yang besar untuk mereka,” katanya ketika ditemui media ketika Majlis Kenduri Rakyat di Surau Sri Buntar di sini pada Ahad.
Tambah Perdana Menteri, meskipun ramai pengundi muda pertama kali mengundi pada PRU15, ia bakal memberi impak yang signifikan.
Jelas Ismail Sabri, beliau yakin golongan itu akan bersama BN pada 19 November depan.
“Saya harap wave mereka ke arah kita, seperti tadi saya jumpa kumpulan riders bermotor, lebih kurang 3,000 lebih riders dari Bera.
“Mood-nya sama kalau ini wave-nya saya fikir orang muda akan bersama BN. Seperti dalam Bajet (2023) banyak faedah untuk orang muda, menerusi cash e-Pemula dan pelbagai lagi kita berikan secara direct dan pinjaman,” katanya lagi.
Dalam pada itu di Bera jelas Ismail Sabri, harapan disandarkan agar rakyat di Parlimen itu dapat memberikannya majoriti lebih baik berbanding PRU lalu.
“Saya kata yang pentingnya lebih besar majoritinya dulu saya dapat 2,300 majoriti sekurang-kurangnya dapat majoriti 5,000 ke 10,000 yang diharapkan kali ini. Itu sasaran kita pada PRU15.
“Bagus di kalangan pengundi Melayu memang sambutan yang amat baik, pengundi India saya dah jumpa sewaktu sambutan Deepavali dan malam ini saya akan berjumpa dengan pengundi Cina,” katanya lagi. Aw
Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada Siapa Akan Selamat Bila Kerajaan PH Pilih Anda Jadi Mangsa
- Hadi boleh dikalahkan, dah terbukti – Rahman
- Tepukan gemuruh di Tambun tapi adakah ‘nyanyian’ Anwar ikut rentak?
- Umno takkan ulangi kesilapan pilih calon ‘besar kepala’
- Menari sakan, Sweet Qismina kena kecam dengan netizen (Video)
- Tiong Lai tak goyang berdepan Rara, Wong Tack di Bentong
- ‘Dia letak saja borang, keahlian terlucut’ – DAP bagi amaran
- Mujahid saman PAS
- PAS mahu tipu siapa? Kedah guna lambang PN, Kelantan dan Terengganu lambang PAS
- Undi Pas Terengganu berpecah, BN untung – Ahmad Said
- Mahathir tersepit, selepas Anwar kini Muhyiddin pula tolak kerjasama
- Man Kidal diisytihar muflis
- Tommy Thomas mengelabah, mohon mahkamah batalkan laporan pasukan petugas khas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET