Saya bantah sebab persepsi pengundi Kedah tak boleh terima DAP

#PRU15

Saya bantah sebab persepsi pengundi Kedah tak boleh terima DAP

Tindakan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon Melayu DAP di Parlimen Jerai dijangka menimbulkan sentimen dan persepsi tidak baik kepada pengundi di seluruh negara.

Bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata konflik PH di negeri ini berpunca apabila pimpinan parti itu memutuskan melakukan pertukaran kerusi bersama DAP.

Beliau berkata, proses pertukaran membabitkan penyerahan kerusi Parlimen Jerai kepada DAP dan Alor Gajah diserahkan kepada AMANAH tidak pernah dibincangkan pada peringkat negeri dan hanya diketahui pada awal bulan ini.

“Mengikut rundingan awal antara AMANAH dan PKR di Kedah, PKR akan bertanding sembilan kerusi dan baki enam kerusi akan ditandingi AMANAH.

“Bagaimanapun, tiba-tiba DAP menuntut Baling dan Jerai menyebabkan AMANAH dan PKR membuat pendirian bahawa belum tiba masanya DAP melebarkan sayap ke kawasan luar bandar majoriti Melayu.

“Ini kerana sejak sekian lama, AMANAH berdepan masalah apabila dituduh menjadi kuda tunggangan dan barua kepada DAP, jadi akan sukar sekiranya calon DAP bertanding di Jerai,” katanya pada sidang media di pejabat AMANAH Parlimen Jerai di sini, hari ini.

Semalam, PH mengumumkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff, sebagai calon di kerusi Parlimen Jerai, satu-satunya kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di negeri ini, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Phahrolrazi tidak hadir pada majlis diadakan di Sungai Petani malam semalam, sebagai tanda protes, sebelum beliau diumumkan dipecat keahlian parti oleh Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata berdasarkan rundingan awal, DAP hanya diperuntuk dua kerusi DUN iaitu di Derga dan Kota Darulaman.

Katanya, namun DAP terus membuat tuntutan kerusi Parlimen apabila mengatakan mereka mempunyai pemimpin Melayu sehingga berlaku rundingan pada peringkat pucuk pimpinan PH.

“Kami berpendapat di Kedah yang mempunyai kira-kira 75 peratus pengundi Melayu, mereka ada persepsi dan sentimen tidak boleh menerima DAP.

“Sedangkan AMANAH banyak bergantung kepada undi Melayu di Kedah. Isu ini akan memberi kesan kepada prestasi parti bukan saja di Kedah tetapi juga di seluruh negara pada pilihan raya kali ini.

“Kita yang sebenarnya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menyerang AMANAH dalam isu ini dan mereka akan membuat pelbagai tuduhan negatif kepada PH,” katanya.

Mengulas pemecatannya, Phahrolrazi berkata, beliau tidak sedih dipecat parti yang diasaskannya secara bersama bekas pemimpin PAS yang dibuang pada 2012.

“Saya masuk AMANAH dulu bukan seperti pemimpin lain yang bersendirian, saya ada kumpulan penyokong yang mengikut di Kedah, Perak dan Kelantan.

“Tujuan saya menimbulkan isu ini kerana mahu melihat PH menang pada PRU15 dan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi berikutan tindakan pimpinan atasan, saya dan kumpulan kami tidak akan menyertai PRU15 dan terpulang kepada penyokong AMANAH mahu mengundi PH atau tidak,” katanya. BH

Saya bantah sebab persepsi pengundi Kedah tak boleh terima DAP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker