PRU-15: Ini isu yang rakyat Malaysia mahu diselesaikan segera

SHAH ALAM – Hasil kajian yang dijalankan Ilham Centre, O2 Research Malaysia (O2) dan Pusat Kajian Cina Malaysia (Huayan) patut digunakan parti-parti politik dalam merangka manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar berkata, menerusi kaji selidik Ilham Centre bertajuk ‘Memahami Selera Rakyat: Tinjauan Awal PRU15’, responden mahukan kerajaan segera mengatasi masalah besar yang menghimpit mereka.

“Kaji selidik ini kami jalankan sejak Jun lalu. Waktu itu berlaku kenaikan harga barang yang teruk apabila minyak masak lima liter naik hampir RM50 sebotol dan telur ayam juga sangat mahal hingga sangat menekan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Hisommudin berkata, kesan daripada pandemik menyebabkan pendapatan isu rumah berkurangan apabila ada pasangan yang hilang pekerjaan dan mengalami pemotongan gaji.

“Ramai isi rumah terkesan dengan pandemik dan ia berterusan walaupun negara sekarang berada di fasa peralihan endemik. Tambah buruk dengan kemelut kenaikan harga barang berpunca daripada masalah perang Rusia-Ukraine serta kelemahan nilai ringgit.

“Ibu bapa yang menanggung anak-anak belajar di universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) di Lembah Klang serta bandar-bandar besar juga amat terkesan.

“Walaupun mereka hidup di kampung tetapi kos sara hidup yang tinggi anak-anak mereka membuatkan mereka terpaksa menggandakan duit belanja kepada anak-anak mereka,” ujar beliau.

Muhammad Hisommudin berkata, ibu bapa yang menanggung anak-anak belajar di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat berdepan situasi lebih teruk kerana duit belanja yang diberikan meningkat berganda ekoran kelemahan ringgit.

Ditanya tentang latar belakang kaji selidik, Muhammad Hisommudin memberitahu, kajian itu sebenarnya dilakukan selama empat bulan iaitu seawal Jun ketika mereka tidak tahu tarikh pembubaran Parlimen.

Dari segi kaedah kajian pula, Ilham Centre menggunakan kaedah konvensional iaitu temu bual menggunakan borang kaji selidik secara bersemuka di lapangan.

Sementara itu, Ketua Penyelidik O2, Anis Anwar Suhaimi berkata, isu-isu kos sara hidup, ekonomi, pendidikan dan kestabilan politik menjadi keutamaan pengundi Melayu hasil kajian pihak mereka.

“Dari kajian bertajuk ‘PRU15: Apa yang rakyat mahu?’ Kita dapati 57 peratus pengundi mahukan kerajaan menyelesaikan segera isu kos sara hidup dan harga barang, sementara dan 49 peratus mahu kerajaan tumpu kepada peluang pekerjaan dan semakan kadar gaji.

“Sebanyak 48 peratus pengundi mahukan kerajaan selesaikan masalah pendidikan diikuti 44 peratus soal kestabilan politik dan 41 peratus kadar mata wang dan hutang negara,” katanya.

Menyentuh latar belakang kajian, menurut Anis Anwar, kajian segar dan komprehensif itu dijalankan bagi mengenal pasti sikap politik masyarakat berhubung perkembangan politik semasa.

Ujarnya, pengenalpastian itu turut melibatkan tinjauan persepsi dan sentimen awam serta hasrat rakyat berhubung hala tuju dan kepentingan nasional.

“Kajian ini juga dijalankan kerana landskap PRU15 dilihat jauh berbeza berbanding PRU14 khususnya dari segi kepelbagaian gabungan parti-parti politik, penglibatan Undi18 dan pendaftaran automatik serta kematangan pengundi selepas menilai tiga bentuk pentadbiran kerajaan,” jelas beliau.

Ujarnya, kaedah kutipan data adalah dengan melaksanakan soal selidik dan medium yang digunakan adalah sepenuhnya dalam talian.

“Data yang diguna pakai membabitkan seramai 1,105 responden yang mewakili pelbagai latar belakang terdiri daripada latar etnik iaitu 55 peratus Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak (14 peratus), Cina (20 peratus), India (sembilan peratus) dan lain-lain (dua peratus),” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Akademik Huayan, Profesor Madya Dr Chang Yun Fah menjelaskan, ‘Kajian Politik Cina Kontemporari Terhadap PRU15’ yang dilakukan pihaknya turut mendapati pengundi Cina mendesak kerajaan memberi perhatian terhadap isu ekonomi dan kos sara hidup.

“Isu ekonomi dan masalah kos sara hidup yang tinggi beri kesan besar kepada mereka dalam kehidupan seharian.

“Dapatan kajian kali ini berbeza berbanding PRU14 kerana ketika itu kebanyakan pengundi Cina lebih utamakan sistem politik dan pentadbiran negara yang lebih baik,” kongsi beliau.

Yun Fah menambah, perubahan sentimen pengundi itu dipengaruhi impak pandemik hingga membuatkan keadaan ekonomi yang lemah dan berlakunya peningkatan kos sara hidup.

Ujarnya, kajian itu dibuat untuk mengetahui pandangan politik kontemporari pengundi Cina.

Jelas beliau, ia juga untuk mengenal pasti isu-isu yang perlu ditangani parti politik menjelang PRU15 dan untuk mengukur pilihan pengundi Cina memilih parti atau gabungan parti dalam pilihan raya nanti.

Menurut Yun Fah lagi, penyelidikan itu dilakukan menerusi dua kaedah iaitu tinjauan bersemuka dan tinjauan dalam talian.

“Tinjauan bersemuka dilakukan melibatkan seramai 293 responden Cina dari tiga lokasi membabitkan kerusi Pakatan Harapan (PH) Bukit Gelugor (Pulau Pinang), kerusi BN Ayer Hitam (Johor) dan kerusi Perikatan Nasional (PN) Sungai Besar (Selangor).

“Tinjauan dalam talian pula terbuka kepada semua kaum dilakukan menerusi Sin Chew Daily dan The Star dengan jumlah responden 2,061 responden Cina dan 51 responden bukan Cina,” katanya.

 

Hasil kajian Ilham Centre melibatkan kaedah temu bual responden.
Hasil kajian Ilham Centre melibatkan kaedah temu bual responden.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker