Kes Syed Saddiq, Amira mungkin hina mahkamah

Kes Syed Saddiq, Amira mungkin hina mahkamah

Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd. Aziz mungkin membuat kenyataan menghina mahkamah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu dalam ciapan Twitter miliknya semalam mendakwa wang sebanyak RM1 juta yang diambil dan digunakan oleh Syed Saddiq bukannya milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tetapi wangnya sendiri.

Sian See mempersoalkan bagaimana Syed Saddiq yang berumur 26 tahun pada 2018 dapat mengumpul wang sebanyak itu sedangkan beliau sepatutnya melanjutkan pengajian dan tiada rekod menunjukkan Presiden MUDA itu mempunyai pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Saksi pendakwaan telah mengakui bahawa adalah salah untuk mengeluarkan wang dari akaun bank Armada dan memindahkannya ke akaun Syed Saddiq tanpa kelulusan pimpinan tertinggi parti.

“Bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali menyatakan bahawa beliau melakukannya di bawah arahan Syed Saddiq dan beliau rasa bersalah akibat tindakannya itu.

“Lebih memburukkan keadaan, Syed Saddiq menelefon Rafiq dan memintanya ‘clearkan’ wang tersebut segera apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat pertuduhan melibatkan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan harta untuk diri sendiri serta dua pertuduhan pengubahan wang haram.

Dalam ciapan Twitter tersebut, Amira Aisya berkata, “Tak ada langsung duit Armada masuk akaun peribadi Syed Saddiq. Yang masuk akaun peribadi adalah fundraise utk kempen Saddiq sendiri. Poster cuma muka Saddiq. Tanpa ada logo parti. Duit pun masuk akaun kerana Saddiq dah guna duit dia sendiri dulu.” MG

Kes Syed Saddiq, Amira mungkin hina mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker