Isu ICERD kembali panas, Anwar dan Mahathir saling tunding jari

Anwar Ibrahim menangkis usaha untuk mengaitkan PH dengan usaha ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) pada 2018 sebagai senjata untuk menyerang gabungan itu pada PRU15.

Bercakap di program Jelajah Harapan Wangsa Maju malam tadi, pengerusi PH itu berkata dua individu yang dikaitkan dengan usaha ratifikasi Icerd – iaitu bekas menteri perpaduan P Waytha Moorthy dan bekas menteri luar Saifuddin Abdullah – bukan lagi sebahagian dalam PH.

“(Ada yang cakap) tengok Anwar ni pro-Israel, sokong Yahudi… dia sokong Icerd…Yang buat (terlibat dengan) Icerd siapa?

“Dua menteri (iaitu) Waytha Moorthy, yang sekarang sokong Umno, Zahid Hamidi. Dia dilantik oleh Mahathir jadi menteri. Dia DAP? No. Keadilan? No. Amanah lagi no,” katanya.

Pada September 2018, perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad telah memberitahu Perhimpunan Agung PBB ke-73 bahawa Malaysia akan meratifikasi Icerd.

Ia mencetuskan bantahan dan demonstrasi yang digerakkan pembangkang ketika itu, Umno dan PAS. Dalam masa kurang dua bulan, kerajaan akhirnya membatalkan idea itu.

Pada 22 Oktober lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata dia adalah individu yang memulakan “Langkah Sheraton” sebagai tindak balas terhadap usaha kerajaan PH mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan memeterai Statut Rom dan cubaan menandatangani Icerd.

Susulan itu, Anwar dan veteran DAP Lim Kit Siang kemudian mendakwa Hadi melupakan peranan sekutu barunya Saifuddin dalam isu Icerd.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata bukan dia yang bertanggungjawab mengendalikan usaha ratifikasi itu, sebaliknya Waytha Moorthy.

Waytha Moorthy kemudian menyangkal kenyataan itu dan mendakwa ia tercetus selepas Saifuddin menyelitkan perkara itu dalam ucapan Mahathir di perhimpunan agung PBB.

Semalam, Anwar yang merupakan penyandang ahli parlimen Port Dickson yang kini calon PH di Tambun sekali lagi membangkitkan perkara itu dengan menyatakan Saifuddin kini bersama-sama PAS dalam Perikatan Nasional (PN).

“Siapa yang sokong dan bawa ke Parlimen? Saifuddin Abdullah… pengkhianat dan sekarang PAS sokong dia. Yang PAS duk marah kita tentang Icerd pasal apa?

“Saya nak marah PAS pun tak boleh, dia dulu kawan (seangkatan) kita. Tapi (isu) Icerd ni (PAS) berhimpun beribu-ribu orang lawan Icerd…

“Sekarang kamu (PAS) ambil dan pergi sokong dia (Saifuddin) pula? Apa benda politik (jenis) ini?” soalnya lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker