Pertempuran paling sengit bermula di Johor

MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbaki tidak sampai sebulan, tumpuan semua koalisi politik pastinya untuk memenangi sejumlah kerusi majoriti melebihi 112 kerusi Parlimen demi menawan Putrajaya.

Bagi tujuan itu, objektif utama semua parti politik kini terarah kepada usaha memenangi sejumlah 26 kerusi Parlimen di Johor, sebagaimana unjuran dibuat Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebelum ini.

Hal ini kerana bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu meramalkan Johor sekali lagi bakal menjadi medan pertempuran atau pintu masuk penting buat mana-mana koalisi itu memenangi PRU15.



Justeru, UMNO-BN pastinya menyedari parti itu berdepan cabaran besar dalam memastikan kerusi Parlimen negeri Johor kembali menjadi deposit tetap koalisi berkenaan, sekali gus mengulangi kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu.

Berdasarkan keputusan PRU14, UMNO-BN berdepan kekalahan teruk buat kali pertama di Johor apabila koalisi itu hanya mampu memenangi lapan kerusi Parlimen, manakala PH yang disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika itu, berjaya merampas 16 kerusi Parlimen.

HASNI
HASNI

 

HASNI KETUAI KEBANGKITAN DI JOHOR



Antara pemimpin besar UMNO-BN Johor yang tumbang pada PRU14 termasuklah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang); veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru); Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed; dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Berikutan itu, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad mempunyai tugas berat memastikan pencalonan pemimpin parti yang bertanding di setiap kerusi Parlimen benar-benar memenuhi kriteria WALI iaitu winnability (boleh menang), acceptibility (kebolehterimaan) dan likeability (disenangi).

Setakat Jumaat, Sinar Premium difahamkan senarai calon-calon PRU15 bagi keseluruhan 26 Parlimen di Johor sudah hampir dimuktamadkan UMNO-BN.

NOOR AZLEEN
NOOR AZLEEN

 



Sebagai contoh, sumber UMNO memaklumkan kepada Sinar Premium bahawa Hasni sendiri yang merupakan bekas Menteri Besar Johor, dijangka akan berpindah kerusi daripada DUN ke Parlimen dan bertanding di kerusi Simpang Renggam bagi menentang calon ‘heavyweight’ PH, Dr Maszlee Malik.

“Hasni boleh sahaja memilih jalan selamat dengan bertanding di kerusi Parlimen Pontian kerana beliau merupakan Ketua UMNO bahagian Pontian.

“Namun, kerusi itu sudah disandang Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahmad sendiri sudah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pontian sejak tiga penggal lalu.

“Karisma kepimpinan Hasni sewaktu menjadi Menter Besar Johor sehingga diterima pengundi bukan Melayu dianggap sebagai faktor utama mengapa beliau perlu diletakkan sebagai calon Parlimen Simpang Renggam bagi membenamkan cabaran Maszlee,” kata sumber UMNO Johor kepada Sinar Premium.



MOHAMED KHALED
MOHAMED KHALED

 

KERUSI TUMPUAN

Status pencalonan Mohamed Khaled turut menjadi perhatian apabila beliau dijangka akan berpindah kerusi dari Parlimen Pasir Gudang ke kerusi Kota Tinggi yang ketika ini disandang Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique.

Langkah meletakkan seorang lagi bekas Menteri Besar Johor itu ke kerusi selatan Johor adalah bagi memenuhi tuntutan akar umbi UMNO bahagian Kota Tinggi selain Halimah dikatakan bakal digugurkan daripada senarai pencalonan PRU15.



Menurut sumber UMNO, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambrose,37, diramalkan akan mengisi kekosongan kerusi Parlimen yang bakal ditinggalkan Mohamed Khaled kelak.

Satu lagi kerusi Parlimen ‘panas’ Johor yang dijangka menjadi tumpuan pada PRU15 adalah kerusi Parlimen Segamat apabila UMNO-BN difahamkan sedang menuntut untuk bertanding di kerusi berkenaan daripada tangan MIC.

HALIMAH
HALIMAH

 

Ditambah dengan tekad penyandang kerusi berkenaan, Datuk Dr Santhara Kumar untuk mengekalkannya walaupun dikenali sebagai calon ‘lompat parti’, kajian lapangan UMNO-BN mendapati gelombang orang Melayu Johor yang mahukan lebih banyak calon Melayu ditampilkan di kerusi komponen BN sudah semakin meningkat.



“Kita lihat bagaimana keputusan kerusi DUN campuran seperti Buloh Kasap pada PRN Johor menyaksikan calon UMNO menang dengan majoriti besar.

“Sedangkan kerusi majoriti pengundi Melayu berjumlah 95 peratus di DUN Tenggaroh hanya mampu dimenangi calon MIC dengan majoriti 1,356 undi sahaja.

“Senario ini membuktikan gelombang sokongan rakyat Johor terhadap calon Melayu semakin meningkat. MIC harus berjiwa besar untuk menyerahkan kerusi berkenaan kepada UMNO-BN jika parti itu mahu BN menawan Putrajaya kelak,” ujar seorang lagi sumber Pemuda UMNO Johor.

ASOJAN
ASOJAN

 

MIC, UMNO REBUT SEGAMAT

Berdasarkan maklumat diterima Sinar Premium, kerusi Parlimen Segamat kini menjadi perebutan di antara Naib Presiden MIC, Datuk M Asojan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn.

Sekiranya kerusi Parlimen Segamat itu diserahkan MIC kepada UMNO, timbul pula tanda-tanya di mana pula kerusi Parlimen alternatif yang akan diberikan kepada parti komponen berkenaan.

Hal ini kerana MIC hanya diperuntukkan satu kerusi Parlimen pada PRU14, dengan UMNO menerima kuota 17 kerusi, MCA (7 Parlimen) dan Gerakan (1 Parlimen).

Kerusi Gerakan yang kini sudah menyertai Perikatan Nasional (PN) iaitu Simpang Renggam dijangka diserahkan kepada UMNO.

Bagi MCA Johor pula, parti komponen BN itu difahamkan meletakkan sasaran untuk menambah sekurang-kurangnya satu lagi kerusi Parlimen daripada dua kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini.

NICOLE
NICOLE

 

MCA YAKIN MENANG DI LABIS

Sumber BN Johor mendedahkan MCA berkeyakinan untuk memenangi Parlimen Labis dengan bekas anak Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek iaitu Datuk Chua Tee Yong diramalkan bakal dikekalkan sebagai calon pada PRU15.

“Selain keyakinan mengekalkan Ayer Hitam dan Tanjung Piai, MCA yakin mereka mampu menawan Labis susulan keputusan PRN Johor menunjukkan dua DUN di parlimen itu iaitu Bekok dan Tenang berjaya dimenangi semula UMNO-BN,” ujar sumber enggan dinamakan itu.

Satu lagi nama besar dijangka bakal dipertaruhkan MCA untuk menawan sekurang-kurangnya tambahan satu kerusi Parlimen Johor adalah Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong.

Nicole difahamkan akan dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Tebrau bagi menentang penyandangnya, Steven Chong yang kini menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

NURJAZLAN
NURJAZLAN

 

JAZLAN BUAT ‘COME BACK’

Bagi kerusi Parlimen Pulai, Nur Jazlan hampir pasti akan terus dikekalkan UMNO bagi menyaingi penyandangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Kerusi Parlimen Muar yang kini disandang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Presiden Ikatan Demokratik Muda (Muda) pula bakal dicabar oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian Muar, Mohd Helmy Abdul Latif.

Strategi UMNO-BN meletakkan calon muda di Parlimen Muar itu adalah bertepatan bagi menyaingi pengaruh Syed Saddiq selain memberi laluan kepada Razali yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan untuk berdepan cabaran getir daripada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen Pagoh.

“Mohd Helmy merupakan seorang calon muda profesional yang popular di Muar, manakala Datuk Seri Razali dikenali sebagai seorang pemimpin berpengalaman yang mampu menyaingi pengaruh Muhyiddin di utara Johor,” ujar sumber.

RAZALI
RAZALI

 

SIAPA GANTI SHAHIR DI JB?

UMNO dijangka terus mempertaruhkan kredibiliti calon muda untuk bertanding di satu lagi kerusi ‘panas’ PRU15, Parlimen Johor Bahru apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian Johor Bahru, Johan Ariffin Mohd Ropi disebut-sebut calon terbaik untuk menentang penyandangnya yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pemimpin-pemimpin utama BN lain dijangka akan kekal bertanding di kerusi disandang mereka adalah seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam); Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong); dan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi (Mosti), Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggaroh);

Selain itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Parit Sulong); bekas Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) dan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker