Pemuda UMNO konsisten sokong Ismail kekal PM
#PRU15
Pemuda UMNO konsisten sokong Ismail kekal PM
Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros menyangkal tohmahan bahawa parti itu akan mencalonkan individu lain selain mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti.
Tegasnya, sayap Pemuda UMNO kekal teguh dan konsisten dengan pendirian untuk menyokong Ismail Sabri. Bukan itu sahaja bahkan BN paling komited menjayakan genda pembaharuan institusi.
Oleh itu, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bahawa institusi kehakiman dan Peguam Negara akan dikawal dan dilemahkan jika Barisan Nasional (BN) menang PRU15.
”Jangan lupa, BN sejak dahulu mementingkan dan menjayakan agenda pembangunan institusi. Antaranya usaha memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya untuk memastikan sistem kehakiman negara bertambah baik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau menjawab tuduhan Hassan yang mendakwa bahawa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang akan menjadi Perdana Menteri jika BN menang dan bukan Ismail Sabri.
Perkara itu merupakan 10 kebimbangan yang dikemukakan Hassan sekiranya BN diberi mandat semula.
Kebimbangan lain termasuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara dan melepaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Dalam kenyataan tersebut, Hassan mendakwa Malaysia akan mengikuti kegagalan Sri Lanka yang mana rasuah berleluasa, ekonomi gagal dipulihkan, kos sara hidup meningkat, nilai ringgit semakin jatuh dan inflasi melonjak.
Sambil menolak kebimbangan itu, Noor Azleen yang juga Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang menegaskan kebimbangan terbesar rakyat negara ini adalah sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan.
”Saya juga nak ingatkan kepada Pak Hassan bahawa Barisan Nasional bukan macam PH dan PKR. Ini kerana PH telah terbukti gagal menguruskan negara selain telah banyak merosakkan banyak institusi penting dalam negara, selain mencabuli Perlembagaan yang menjadi asas penting pembentukan Malaysia.
Dalam kenyataan itu, Noor Azleen secara sinis berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hassan seolah-olah sudah nampak potensi BN untuk menang dalam PRU ini.
”Seolah-olah Pak Hassan macam menjangka memang kami akan menang. Alhamdulillah,” ujarnya. MG
Pemuda UMNO konsisten sokong Ismail kekal PM
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
You must be logged in to post a comment.