Orang Kelantan pun tidak mahu Nik Omar Nik Aziz
#PRU15
Orang Kelantan pun tidak mahu Nik Omar Nik Aziz
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin tampil mempersoalkan langkah PH mencalonkan anak allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar sebagai calon di Perak.
“Nik Omar ini orang mana, pasal apa orang Kelantan tak nak dia ke?
“Kalau dia hebat, (tapi) orang Kelantan pun tak nak dia, tak apalah,” katanya ketika diminta mengulas langkah PH itu.
Hamzah yang juga menteri dalam negeri berkata demikian pada sidang media selepas program Kita Demi Negara peringkat Zon Timur di Kota Bharu, hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan Nik Omar diumumkan sebagai salah seorang calon PKR yang akan dipertaruhkan di Perak dalam PRU ke-15 nanti.
Pada PRU lalu, Nik Omar bertanding di DUN Chempaka di Kelantan di bawah tiket Amanah.
“Kami menunjukkan yang kami serius menampilkan calon yang berwibawa,” kata Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Sementara itu Hamzah menyifatkan langkah PH menampilkan Nik Omar di Perak itu juga seperti pertukaran pegawai-pegawai bermasalah.
“Sebab selalunya pegawai-pegawai kerajaan sebagai contoh, apabila kita rasa dia melakukan sesuatu yang tak elok, jadi kita hantar ke negeri-negeri jauh. Sama, orang politik pun sama,” katanya. Mk
Orang Kelantan pun tidak mahu Nik Omar Nik Aziz
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
You must be logged in to post a comment.