Lori pasir rempuh tadika

Lori pasir rempuh tadika

Johor Bahru: Akibat kegagalan brek, sebuah lori membawa muatan pasir merempuh sebuah tadika swasta di Jalan Hassan Al-Attas 2 di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku jam 10.30 pagi tadi, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.



Katanya semasa kejadian, seramai 160 murid dan 30 guru di tadika terbabit tidak berada dalam bangunan itu.

“Kejadian berlaku apabila sebuah lori yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 30-an datang dari arah Kulai menuju ke Rumah Menteri Besar Johor.

“Ketika di lokasi, tiba-tiba lori mengalami kegagalan brek sehingga menyebabkan ia mengundur sendiri lalu melanggar bangunan tadika swasta yang berada di belakang.

“Kemalangan tidak membabitkan sebarang kecederaan kerana semasa kejadian berlaku 160 murid dan 30 guru tidak berada dalam bangunan dan sedang membuat aktiviti di luar kelas, “katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Menurut Raub, ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu lori negatif dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah kesalahan cuai mengundur sehingga menyebabkan kemalangan. HM

Lori pasir rempuh tadika


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker