Anwar takut bertanding di Gombak – Azmin
#PRU15
Anwar takut bertanding di Gombak – Azmin
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim takut ditolak pengundi Melayu di Gombak, menyebabkannya membuat keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dakwa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali.
Beliau turut mendakwa, gabungan itu juga mahu mewujudkan satu lagi ‘Pulau Pinang’ di Perak.
“Tinggalkan Port Dickson nak masuk bertanding di Gombak. Akhirnya lari ke Tambun pula.
“Sebab kawasan Gombak ni majoriti Melayu. Orang Melayu tak akan terima orang yang rakus kuasa. Jadi dia (Anwar) lari ke kawasan yang kurang pengundi Melayu.
“Orang Melayu, Cina dan India kena faham kita tidak boleh terima parti perkauman sempit dan kita kena tolak PH dalam PRU15 nanti,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Prihatin PN, semalam.
Anwar sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15, yang disandang bekas timbalannya, Azmin.
Katanya, beliau juga memilih untuk bertanding kerusi ‘pengkhianat’, manakala kerusi Port Dickson disandangnya kini lebih solid (kukuh), berbanding 2018.
Bagaimanapun, Anwar pada 20 Okt lalu mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dengan berkata, beliau tidak memilih kawasan yang mudah dimenangi untuk bertanding.
Beliau meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang dimenanginya dengan majoriti 23,560 undi, selepas menewaskan enam pencabarnya daripada PAS dan bebas pada pilihan raya kecil Oktober 2018.
Kerusi Parlimen Tambun kini disandang Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu. Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,320 undi pada PRU14, menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria. FMT
Anwar takut bertanding di Gombak – Azmin
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)