Calon Anwar-Rafizi ‘bertembung’ di Ampang
#PRU15
Calon Anwar-Rafizi ‘bertembung’ di Ampang
PKR belum memutuskan siapa antara dua calon wanita yang akan bertanding di kerusi Ampang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Sumber daripada PKR Ampang memberitahu FMT berkata, kerusi tersebut bakal ditandingi antara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar atau ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail.
“Keputusan muktamad masih belum dibuat kerana terdapat pertembungan antara senarai calon daripada Presiden Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Rafizi Ramli,” kata sumber itu.
“Rafizi mahu Rodziah bertanding di kerusi itu kerana beliau telah menjadi exco kerajaan Selangor selama dua penggal berturut-turut.”
Sumber itu menambah, Parlimen Permatang Pauh mungkin akan ditandingi Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek jika Nurul Izzah bertanding di Ampang.
Kata sumber itu lagi, walaupun Ampang bukan kerusi selamat, keluarga Anwar berhasrat bertanding di kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 tetapi “hilang” selepas Ahli Parlimen berpaling tadah kepada parti lain.
Bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin memenangi kerusi Ampang pada PRU14 ketika beliau bersama PKR. Bagaimanapun, beliau adalah antara 11 Ahli Parlimen PKR yang berpaling tadah menyertai Bersatu pada Februari 2020, mengakibatkan kejatuhan kerajaan PH.
Disebabkan itu, beliau dan Ahli Parlimen lain dilabelkan sebagai “pengkhianat” oleh pengikut PKR.
Zuraida ialah Ahli Parlimen Ampang tiga penggal yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 juga. Beliau dijangka mempertahankan kerusi itu di bawah tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 19 Nov.
Awal bulan ini, beliau secara rasmi dilantik sebagai presiden PBM. Parti itu dilaporkan telah memohon menyertai Barisan Nasional (BN). FMT
Calon Anwar-Rafizi ‘bertembung’ di Ampang
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)
You must be logged in to post a comment.