Kekecohan di kongres AMK lepas ada ahli dihalang masuk

Kekecohan di kongres AMK lepas ada ahli dihalang masuk

Berlaku sedikit kekecohan di Kongres Pemuda PKR (AMK) di Shah Alam hari ini apabila sekumpulan anggota parti dilarang mewakili cabang mereka dalam sidang tersebut.

Difahamkan perang mulut tercetus kira-kira pada jam 10 pagi tadi, sebalik selepas kongres sayap itu bermula, apabila sekumpulan anggota dihalang masuk oleh petugas.



Salah seorang yang terlibat, Danish Hairudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata sekretariat kongres hanya membenarkan 75 cabang AMK untuk menghantar perwakilan mereka.

Keputusan itu didakwa atas dasar cabang tersebut gagal membuat mesyuarat agung tahunan (AGM) atau tidak menghantar laporan mereka kepada sekretariat.

“Tapi ini kesilapan kepimpinan sebelumnya di cabang terlibat. Mereka yang tidak membuat AGM.

“Barisan kepimpinan baru tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka baru saja dipilih dalam pemilihan baru-baru ini,” kata Danish.



Anggota AMK Kota Raja itu mendakwa sekatan itu juga melanggar perlembagaan parti, yang memberi hak kepada pemimpin cabang untuk menghadiri kongres kebangsaan.

“Perlembagaan pati menjamin hak pemimpin peringkat cabang yang dipilih untuk hadir ke kongres parti. Tiada peruntukan yang menyatakan pemimpin peringkat cabang boleh dihalang kerana kepimpinan sebelumnya tidak membuat AGM,” katanya lagi. MK

Kekecohan di kongres AMK lepas ada ahli dihalang masuk


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat



PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker