Malaysia johan qariah, Bahrain rangkul johan qari tilawah al-Quran antarabangsa

Malaysia johan qariah, Bahrain rangkul johan qari tilawah al-Quran antarabangsa

Peserta Malaysia, Sofizah Mousin muncul sebagai juara qariah manakala johan qari dimenangi peserta Bahrain, Mohamed Sameer Magahed pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 malam tadi.

Sofizah menjuarai dengan markah 89.66 peratus dan Aiman Ridhwan dengan markah 88.83 peratus bagi kategori masing-masing.



Kedua-dua mereka membawa pulang piala dan sijil penghargaan serta wang tunai dari Kerajaan Malaysia.

Sofizah, 33, berkata, beliau menjadikan kemenangan untuk meneruskan dakwah melalui al-Quran dan akan terus berguru serta bertalaqi menambahkan ilmu.

“Untuk peringkat antarabangsa, cabarannya lebih besar sebab di peringkat yang lebih tinggi, saya buat yang terbaik dan alhamdulillah rezeki berpihak pada saya.

“Selepas sahaja pertandingan (tilawah) peringkat kebangsaan di Johor, saya ada mengalami masalah kesihatan tapi alhamdulillah beberapa hari sebelum peringkat antarabangsa saya sembuh sepenuhnya” katanya dalam sidang media.



Berbekalkan semangat dan pantang berputus asa walaupun sakit beliau tetap berguru secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet.

Katanya, untuk saham akhirat, hadiah kemenangan akan disimpan dan mungkin digunakan untuk membuka pusat al-Quran.

Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan yang merangkul naib juara qari dan naib juara qariah milik peserta Singapura, Widadul Wahidah Mahamod dengan markah 87.50 peratus.

Penyampaian hadiah disempurnakan Yang Di-pertuan Agong, Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Turut berangkat Tuanku Permaisuri, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan timbalannya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

MTHQA ke-62 yang bermula pada 19 Oktober lalu berlangsung selama enam hari hingga hari ini di Dewan Pleno, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Berbeza berbanding MHTQA terdahulu, kali ini ia hanya melibatkan kategori pertandingan tilawah al-Quran sahaja.



Seramai 36 orang peserta melibatkan 28 buah negara berjaya melepasi sesi saringan pada 1 hingga 7 Julai lalu.

Penjurian pula dibuat seramai 16 orang hakim-hakim dalam kalangan ahli al-Quran dari dalam dan luar negara. MG

Malaysia johan qariah, Bahrain rangkul johan qari tilawah al-Quran antarabangsa


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker