Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar

 

KUALA NERANG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa rakyat ketika ini sudar mula menyedari corak permainan politik yang sering dimainkan dua watak politik lama iaitu Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad serta Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ‘pertelingkahan’ membabitkan kedua-dua individu berkenaan sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu yang mana mereka hanya mementingkan kepentingan politik masing-masing selain tidak banyak menyentuh isu-isu berkaitan kepentingan serta kebajikan rakyat.



Tambah beliau peluang dalam menerajui kepimpinan negara juga wajar diberikan kepada generasi baharu berbanding ‘watak-watak lama’ seperti Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

“Saya tidak fikir tajuk, naratif yang dibawa (mereka berdua), tidak (langsung) bercakap berkaitan dengan rakyat, tidak bercakap dengam hal yang ada kaitan dengan rakyat, masih bercakap (dalam kumpulan yang) berlegar dalam satu kelompok yang sama, dalam sistem yang sama,

“Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim nama yang berpuluh-puluh tahun, bergaduh pun sejak tahun 1998, (bertelagah) sampai sekarang, selepas itu sekejap baik, sekejap tak baik, sekejap baik, cium mulut, selepas itu tak cium mulut, lepas itu pula cium mulut balik, ini sudah lama (berlaku),” katanya.

Mahdzir berkata demikian selepas merasmikan Program Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Kuala Nerang pada Isnin.



Dalam pada itu, mengulas mengenai kerjasama membabitkan Gerakan Tanah Air (GTA) dan Pakatan Harapan (PH), beliau menyatakan semua pihak bebas merencanakan pelbagai strategi untuk menang dalam pilihan raya memandangkan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

Pada Jumaat, Dr Mahathir menyatakan kesediaan bertemu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15
.
Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan keyakinan mempunyai matlamat yang sama dengan Anwar dalam mengetepikan BN, malah sedia mengambil langkah pertama ke arah kerjasama itu.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) menolak untuk bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail, ini walaupun PH berkongsi agenda yang sama dengan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)



UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker