PRU15 tak jejas sambutan Deepavali – Ismail

PRU15 tak jejas sambutan Deepavali – Ismail

Pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali diraikan penganut Hindu hari ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Malaysia beragama Hindu kerana membubarkan Parlimen untuk diadakan PRU15 dalam tempoh hampir dengan sambutan Deepavali.



“Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali. Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC SA Vigneswaran.

Perdana menteri sementara itu, berkata beliau melihat sambutan perayaan itu tahun ini amat meriah dan melambangkan semangat kekeluargaan Keluarga Malaysia seperti yang sentiasa diidamkannya.

“Inilah sebenarnya keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara,” kata beliau.

Ismail yang tiba pada 11.15 pagi, meluangkan masa lebih satu jam di rumah terbuka Deepavali di kediaman Vigneswaran di Kota Kemuning, di sini.



Turut hadir Presiden MCA Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan. FMT

PRU15 tak jejas sambutan Deepavali – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker